KUALA LUMPUR – Kabinet sebulat suara memutuskan potongan gaji bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dibuat sekiranya gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan.

Kredit: Free Malaysia Today

Keputusan ini telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching setelah mendapat kata putus daripada mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November yang lalu yang mengarahkan pemotongan gaji pada kadar 2% atau RM40 kepada peminjam berpendapatan RM2,000.

Kredit: Yusof Mat Isa/Malay Mail

“Potongan akan meningkat secara progresif sehingga 15% mengikut jumlah gaji peminjam.”

Terdahulu dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara 2 hingga 15 peratus bagi peminjam PTPTN yang mempunyai pendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Kredit: Lim Huey Teng/Malaysiakini

Bagaimanapun, pengumuman berkenaan menerima bantahan daripada ramai pihak khususnya persatuan yang mewakili penuntut universiti di mana mereka telah meminta kerajaan agar mengkaji semula syarat tersebut.

Jelas Teo Nie Ching, terdapat seramai 53,113 graduan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama telah dikecualikan daripada membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN. Daripada jumlah itu, 37,355 adalah merupakan penuntut universiti awam manakala selebihnya adalah daripada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

“Kita belum bercadang memanjangkan pengecualian itu kepada peminjam yang mengikut kursus secara separuh masa.”

Kredit: Free Malaysia Today

Beliau turut memaklumkan jumlah kutipan bayaran balik PTPTN yang diterima sejak Jun hingga September lalu adalah sebanyak RM817.75 juta.

Mengulas lanjut mengenai manifesto bayaran balik sehingga gaji graduan mencecah RM4,000 sebulan, Teo Nie Ching memberitahu bahawa pihak kerajaan akan menyelidik semula mengenai perkara itu sebaik sahaja keadaan kewangan negara berada di paras baik.

Sumber: Free Malaysia TodayHarian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds