Selama lebih 10 tahun tiram pasifik atau ‘Crassostrea gigas’ ditemui di Limfjord, Denmark dan tiram ini bukanlah tiram spesies asal ‘Ostrea edulis’. Spesies tiram pasifik pada mulanya diimport dari ladang tiram di Perancis, Netherlands dan Jerman yang akhirnya telah merebak ke seluruh Eropah. Kini ia menjadi masalah dan krisis lambakan tiram tidak diingini yang hidup membiak di perairan Denmark dan Scandinavia.

Kedutaan Denmark di Beijing, China mengeluarkan satu laporan mengenai wabak tiram pasifik yang mengancam perairan Scandinavia di halaman Weibo dengan menulis, “Tiram segar memenuhi perairan Denmark, tetapi warga tempatan tidak gembira. Tentukan tarikh melawat perairan Denmark untuk menikmati tiram segar.”

Kredit : Anthony Kwan/ Bloomberg

Kemudian, ramai netizen China memberi reaksi dan komen. Dan berita mengenai krisis tiram pasifik menjajah perairan Denmark mendapat laporan media secara meluas di China.

Kedutaan Denmark menerima kebanjiran soalan mengenai tiram pasifik tersebut. Pada mulanya mereka menjangka hanya menerima reaksi yang ringan. Sebaliknya, terdapat netizen di China yang bertanya dan memberi cadangan sambil menyertakan aneka resipi berasaskan tiram, tanda menyatakan kesediaan untuk memakan tiram-tiram tersebut.

Kredit : People’s Daily, China / Twitter

Terdapat nasihat dan cadangan dengan tawaran bantuan untuk menyelesaikan masalah itu dengan berkata, “Hantar para pelancong China untuk mengutip dan memakan semua tiram itu. Dengan syarat berikan mereka kemasukan ke Denmark tanpa visa, atau visa untuk memakan tiram dengan tempoh tanpa had masa kemasukan semula selama 10 tahun. Kami memberi jaminan semua tiram itu akan pupus dalam jangka masa 5 tahun.”

Ada juga syarikat di China yang mencadangkan supaya kerajaan Denmark mengeksport kesemua tiram pasifik itu ke China, kerana permintaan terhadap tiram pasifik amat tinggi di negara itu.

Kredit : boMb01/Cerpen

Media melaporkan China membiak 80 peratus tiram dunia yang terdiri daripada spesies tiram pasifik. Jadi, kebimbangan kerajaan Denmark itu sebenarnya mampu diselesaikan sekiranya pelancong China datang ke Denmark dan memakan kesemua tiram penjajah itu sehingga mengalami kepupusan.

Jurucakap Kedutaan Denmark dalam kenyataannya berkata, “Oleh kerana keadaan persekitaran dan perairan di Denmark amat bersih, kebanyakan tiram adalah selamat untuk dimakan, tetapi kami mencadangkan pelancong mendapatkan nasihat daripada warga tempatan sebelum memakannya.”

Kredit : boMb01 /Cerpen

Tambah Kedutaan Denmark lagi, “Bagi kami, tiram yang menyelerakan adalah dimakan mentah bersama lemon dan wain putih, tetapi bagi kebanyakan orang Cina, mereka lebih suka memakan tiram dengan cara membakarnya bersama bawang putih dan sos cili.”

Sumber : Vilsund Blue, Cerpen, New York Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds