Pemakanan seimbang adalah penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan. Justeru, adakah anda pasti anda telah mengambil makanan yang berkhasiat dan diperlukan oleh tubuh anda? Golongan lelaki misalnya, bekerja keras saban hari bagi menyara keluarga.

Setelah penat bekerja, kemudian bersukan atau pergi ke gimnasium. Itu tidak kira lagi jika memandu untuk jarak yang jauh. Sungguh memenatkan! Oleh yang demikian, kami akan kongsikan 6 jenis makanan berkhasiat yang patut diambil oleh kaum Adam bagi menjamin tahap kesihatan.

#1 Tiram

Kredit: EatingWell

Tiram mengandungi zink yang tinggi berbanding makanan lain. Seperti yang kita tahu, zink adalah mikronutrien penting untuk kesihatan prostat – tahap zink yang rendah mendatangkan masalah kesuburan dan penyakit prostat. Tubuh lelaki tidak mempunyai kuantiti zink yang mencukupi.

Oleh itu, adalah penting untuk anda memastikan diri memperolehi zink yang mencukupi semasa makan iaitu sebanyak 11 miligram sehari.

#2 Salmon liar

Kredit: Wild Alaska Salmon & Seafood

Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan ketidakfungsian erektil (ED). Oleh yang demikian, pengambilan vitamin D yang cukup dapat membantu mengurangkan risiko ED dengan mengurangkan kerosakan vaskular yang disebabkan oleh keradangan.

Lazimnya, lelaki yang mengalami ED terdedah kepada keradangan ‘endothelial’ dan dipercayai bahawa mengurangkan keradangan tersebut mampu memperbaiki saluran darah. Jawapannya adalah dengan memakan ikan salmon liar.

#3 Kacang Walnut

Kredit: Organic Facts

Kacang ini merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3, antioksidan dan fitokimia yang sangat berguna untuk kesihatan otak. Ia sudah terbukti berkesan dalam mengurangkan depresi sementara mengekalkan fungsi kognitif.

Selain itu, ia terbukti menentang tekanan oksidatif dan keradangan yang berlaku ekoran penuaan. Satu suku cawan kacang walnut membekalkan 2.7 gram lemak omega-3 yang diperlukan seharian.

#4 Susu coklat

Kredit: Baking Mischief

Menurut pengkaji di Central Washington University in Ellensburg, Washington, susu coklat merupakan minuman yang mampu memberi daya ketahanan buat atlet kerana ia mempunyai nisbah 4:1 terhadap kerbohidrat dan protein berbanding dengan minuman tenaga yang dikomersialkan.

Ia juga membekalkan cecair dan sodium yang diperlukan bagi proses pemulihan selepas bersukan. Kajian menyarankan agar minum susu coklat rendah lemak sejurus sahaja selesai bersukan atau dua jam kemudiannya.

#5 Sayuran dan buah

Kredit: American Heart Association

Kita sudah sedia maklum bahawa sayuran dan  buah-buahan mengandungi serat dan nutrien yang membantu menjaga jantung, melawan keletihan dan membuatkan anda rasa segar. Golongan lelaki memerlukan kandungan sayuran dan buah-buahan yang lebih banyak berbanding dengan kaum wanita.

Pakar menasihatkan agar golongan lelaki mengambil 2 cawan buah-buahan dan 2.5 hingga 3 cawan sayuran pada setiap hari. Selebihnya, makan bijirin dan protein yang baik seperti kekacang, manakala kurangkan kuantiti ikan, daging merah dan produk tenusu.

Untuk menyenangkan anda, tambahkan salad semasa makan sedikit demi sedikit sehingga anda biasa memakannya. Ketepikan rasa, bau dan warnanya bagi memastikan badan anda mendapat nutrisi baik melalui makanan.

Sumber: hellodoktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds