Sekiranya anda mengikuti perkembangan supermodel dari Amerika Syarikat, Bella Hadid, anda pasti sudah mengetahui model berusia 22 tahun ini sedang berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri satu acara eksklusif di butik jam tangan mewah, Tag Heuer di The Garden Mall, Mid Valley City, Kuala Lumpur yang berlangsung pada jam 5 petang, 26 November.

Bella Hadid yang merupakan duta jam tangan mewah Tag Heuer sejak tahun 2017 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Dubai dan sempat memuat naik foto di dalam akaun Instagram miliknya dengan menyatakan rasa tidak sabar untuk tiba ke Kuala Lumpur.

Kredit : femalemag / Instagram

Kata Bella Hadid, “Saya akan datang menemui anda Kuala Lumpur!!! Saya tidak sabar untuk melihat negara anda yang indah!!!”

Kredit : bellahadid / Instagram

Apabila mendapat tahu model ini sudah tiba di Malaysia, peminatnya berasa amat teruja dan bagai tidak percaya. Ramai yang mengunjungi The Garden Mall, semata-mata kerana ingin melihatnya.

Dalam satu lagi post video di Instagram, Bella Hadid memberi komen dari bilik hotelnya, “Sungguh hijau. Sungguh cantik!”, sambil menghiasnya dengan emoji hati dari tingkap.

Kredit : bellahadid / Instagram

Tag Heuer juga mengeluarkan 500 jam tangan edisi terhad dengan nama supermodel ini,  ‘Link Lady Bella Hadid’ yang telah dilancarkan sejak bulan Disember tahun lalu.

Ketika mempromosikan jenama jam tangan mewah Tag Heuer di Kuala Lumpur semalam (26 November), Bella Hadid menggambarkan jam tangan ini sebagai, ‘Ikonik, Berkuasa dan Klasik’.

Kredit : Tag Heuer

Bella Hadid sememangnya amat popular di kalangan Generasi Y. Supermodel ini kini menjadi ikon dalam dunia peragaan dan jenama mewah.

Pengikut di Instagramnya mencapai 21 juta orang. Pada tahun 2016, Bella Hadid dinobatkan sebagai ‘Model of the Year’. Tidak hairan ramai peminatnya di Malaysia berasa bagai tidak percaya apabila mendapat tahu supermodel popular itu kini berada di Kuala Lumpur.

Sumber : star 2.com , New Straits Times , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds