KUALA LUMPUR – Mulai Januari tahun depan semua pemandu perkhidmatan ‘e-hailing’ diarahkan untuk membuat pendaftaran lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) seperti pemandu teksi lain.

Kredit: Kosmo

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk menyelesaikan pendaftaran lesen PSV mereka termasuk mengikuti kursus PSV yang disediakan.

“Peraturan ‘e-hailing’ ini telah pun digazetkan. Pendaftaran untuk pemandu ini akan bermula Januari hingga Julai 2019.

“Tarikh 12 Julai 2019, kita mula kuatkuasakan peraturan baharu itu kerana itu ialah tempoh yang kita beri, maksudnya menjelang 12 Julai semua pemandu ‘e-hailing’ mesti ada pendaftaran dan lesen PSV, insurans dan kenderaan yang melebihi tiga tahun perlu buat pemeriksaan kenderaan,” katanya kepada pemberita.

Kredit: CarSifu

Sebelum ini, Anthony mengadakan pertemuan dengan Penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail di Bangunan Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.

Shamsubahrin dilaporkan berkata, pemandu teksi syarikat itu tidak akan mengadakan bantahan terhadap Kementerian Pengangkutan sehingga 1 Januari 2019 susulan Anthony memberi jaminan setiap pemandu ‘e-hailing’ tidak terkecuali membuat pendaftaran lesen PSV sama seperti pemandu teksi mulai awal tahun depan.

Kredit: vulcanpost

Sementara itu, Anthony juga menasihati pemandu ‘e-hailing’ agar tidak menunggu hingga saat akhir untuk membuat pendaftaran lesen PSV mereka.

Katanya, buat masa ini pendaftaran lesen pengendali untuk syarikat yang mahu melaksanakan perkhidmatan ‘e-hailing’ masih berjalan setelah mereka diberi tempoh berbuat demikian sejak Julai lepas.

Beliau juga yakin lebih banyak syarikat akan beralih kepada perkhidmatan tersebut memandangkan ia mempunyai pasaran yang lebih luas. – Bernama

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds