Semangat hidup saya terus hancur setelah menerima berita bahawa saya perlu menjalani pembedahan jantung dan berisiko akan menghabiskan sisa hidup dengan terlantar di atas katil.

Siapa yang akan menyangka, seorang seperti saya yang selama berpuluh tahun menjalani hidup penuh kepercayaan diri dan rasa bangga kerana kekuatan fizikal serta kekuatan atletik yang baik, secara tiba-tiba diserang penyakit berat, hingga langsung menghancurkan kesemua kebanggaan dan rasa percaya kepada diri tersebut?

Saya sedang menjalani kehidupan dan kerjaya yang kejayaan, apabila secara tiba-tiba satu hentaman keras yang datang entah dari mana, menyerang kehidupan saya.

Peristiwa itu terjadi pada awal musim panas tahun 2015, ketika saya masih berpangkat leftenan kolonel, dan seorang guru seni mempertahankan diri yang sangat dihormati, di Akademi Angkatan Tentera Udara di negara saya, Vietnam.

Saya sudah menjadi tenaga pengajar seni mempertahankan diri di akademi tersebut sejak tahun 1986, ketika usia saya baru mencecah 22 tahun. Saya telah melatih puluhan anak murid, yang kemudian mencapai kejayaan menjadi juara dalam kejohanan seni mempertahankan diri yang dipertandingkan di peringkat nasional, selama bertahun-tahun.

Penulis dengan pakaian seragam, sebagai petugas senior dalam Akademi Angkatan Tentera Udara Vietnam. Dia telah mengajar seni mempertahankan diri di akademi tersebut sejak tahun 1986, ketika berusia 22 tahun. Kredit : DKN.tv

Benar-benar di luar dugaan, pemeriksaan kesihatan rutin untuk persiapan pertandingan peringkat nasional yang telah dilakukan sejak 30 tahun, memberi keputusan yang amat mengejutkan. Menurut konsep pemikiran saya, seorang atlet yang sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan dan bersenam, akan selalu sihat dan bebas daripada penyakit. Dan seketika itu ia berubah.

Saya berasa terkejut mendengar keputusan pemeriksaan kesihatan yang diberitahu oleh doktor, bahawa saya didiagnos penyakit darah tinggi. Penganjur dan penyelenggara pertandingan kemudian tidak membenarkan saya mengikuti kejohanan tersebut, dan menyarankan supaya saya segera ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lebih lanjut.

Di hospital, saya diberitahu dengan satu keputusan pemeriksaan kesihatan yang lebih buruk. Saya telah didiagnos dengan inkompetensi mitral, gangguan penyakit di mana injap mitral iaitu injap jantung sebelah kiri tidak dapat berfungsi dan dengan itu telah menghalang perjalanan darah daripada mengalir secara efisen dari jantung ke seluruh tubuh.

Namun itulah yang terjadi, di usia 51 tahun tiba-tiba saya dihadapkan dengan rasa khuatir dan ketidakpastian yang amat besar, dan kini dengan sepenuhnya berasa kehilangan kepercayaan diri untuk menghadapi masa depan.

Walaupun secara berterusan menjalani rawatan perubatan, keadaan kesihatan saya semakin merundum. Saya sering mengalami sesak nafas, berasa lelah dan kesakitan di dada.

Saya diberitahu bahawa oleh kerana keadaan kesihatan saya semakin merosot, tekanan darah tinggi yang saya alami hanya boleh dikurangkan buat sementara waktu sahaja, dan perlu segera menjalani pembedahan jantung untuk memperbaiki injap mitral jantung saya yang bermasalah.

Di usia 51 tahun, penulis didiagnos menderita tekanan darah tinggi dan inkompetensi mitral, keadaannya semakin merosot sehingga perlu menjalani pembedahan jantung. Kredit : DKN.tv

Sebagai tambahan bersama risiko dan pembiayaan yang diperlukan untuk menjalani pembedahan jantung, apa yang terjadi kepada diri saya pada masa itu ialah terpaksa meletakkan jawatan dari akademi, dan mungkin akan menjalani kehidupan dengan keadaan yang lemah di sepanjang sisa kehidupan.

Ini adalah keadaan tiga tahun lalu. Kini keadaan kesihatan saya sangat baik, dan saya tidak pernah menjalani pembedahan sama sekali. Saya sangat berterima kasih kepada isteri saya di atas nasihat yang diberikan pada waktu itu, yang kemudian membantu mendapatkan kembali kesihatan saya secara semula jadi.

Saya ingin berkongsi kisah hidup saya, supaya orang lain mendapat manfaat daripada pengalaman hidup saya. Harapan saya ialah dengan mengetahui apa yang telah terjadi kepada diri saya, orang lain juga akan dapat memahami makna ungkapan perkataan saya, “Tubuh badan yang sihat datang daripada fikiran yang tenang dan hati yang belas kasihan.”

Dalam saat yang paling berputus asa

Saya mempunyai minat yang cukup mendalam kepada seni mempertahankan diri sejak di usia muda. Dengan pencapaian tahap terbaik berkat latihan dan usaha keras yang gigih, impian saya menjadi kenyataan ketika saya dilantik menjadi tenaga pengajar dan guru seni mempertahankan diri di Akademi Pertahanan Udara dan Angkatan Tentera Udara Vietnam.

Jadi, amat mengejutkan apabila saya mendengar berita bahawa saya menderita penyakit kronik. Saya diselubungi rasa kesedihan dan berputus asa, merasakan bahawa kehidupan saya akan berakhir. Banyak pertanyaan yang muncul di dalam kepala, namun tidak ada satu pun jawapan yang dapat ditemui.

Adakah saya mempunyai masa depan? Adakah masa gemilang ketika berlatih seni mempertahankan diri bersama para pelajar saya akan berulang kembali? Bagaimana keadaan saya selepas beberapa tahun menjalani kehidupan yang aktif dan kesihatan yang baik? Apa akan terjadi selepas saya menjalani rawatan yang seperti tidak berkesudahan, adakah saya akan pulih?

Penulis berada dalam keadaan kesedihan dan rasa putus asa setelah diserang penyakit kronik. Kredit :DKN.tv

Namun nasib baik menyebelahi dan tersenyum kepada saya. Sebelum ini, isteri saya menderita pelbagai penyakit yang antaranya artritis, masalah perut, masalah keseimbangan dan tekanan darah tinggi. Sebagai seorang guru, dia juga sering meminta keizinan setiap bulan untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital, dan kemudian menjalani masa pemulihan di rumah.

Pada musim panas yang sama, di mana saya pertama kali mendengar berita tentang penyakit saya, isteri saya sudah menjalani satu latihan dan amalan tradisional dari China untuk melatih jiwa dan tubuh badan dikenali sebagai Falun Dafa atau Falun Gong.

Satu keajaiban apabila semua penyakit yang dia deritai lenyap tidak lama setelah dia mulai berlatih Falun Dafa dan membaca buku utama latihan tersebut dikenali Zhuan Falun, yang mengajar seseorang untuk meningkatkan nilai moral dengan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu Sejati, Baik dan Sabar.

Latihan Falun Dafa sangat berbeza dengan latihan seni mempertahankan diri yang saya biasa dilakukan. Latihan Falun Dafa ini terdiri daripada empat latihan berdiri dan satu latihan meditasi duduk, dan gerakannya juga tidak keras, tetapi sangat lembut, gemalai dan beralun dengan ringan.

Penulis sedang melakukan meditasi duduk Falun Dafa. Kredit : DKN.tv

Isteri saya menggalakkan dan mengajak saya menyertainya berulang kali untuk membaca buku dan melakukan latihan senaman bersamanya, tetapi saya tidak pernah mengambil peduli secara serius. Kemudian satu hari, apabila isteri saya melihat keadaan saya yang sangat lemah, dia kembali mendekati saya dan berkata, “Kamu tidak perlu berasa sedih dan risau. Kita akan berlatih Falun Gong bersama-sama. Senaman ini telah membantu ramai orang.”

Saya harus mengakui bahawa akhirnya saya bersetuju untuk mencuba latihan tersebut kerana saya berasa telah menemui jalan buntu. Saya juga berfikir seandainya Falun Dafa tidak mampu membantu saya, paling tidak saya sudah mempelajari sesuatu yang baru, mencuba sesuatu yang baru untuk dilakukan.

Perubahan ajaib

Paling mengejutkan, setelah berlatih hanya beberapa hari, rasa sakit di dada sebelah kiri saya berkurangan dan saya tidak lagi mengalami kesulitan bernafas. Rasanya seperti sistem-sistem di dalam tubuh badan saya secara perlahan-lahan sedang dibersihkan dan diperbaiki kembali.

Keajaiban ini kemudian telah mendorong saya untuk mempelajari buku Zhuan Falun dengan lebih mendalam. Kebenaran spiritual yang diajarkan di dalam buku tersebut memberi kesan yang sangat dalam terhadap diri saya. Itu adalah pertama kali dalam hidup, saya membaca sebuah buku yang memfokus kepada pengajaran untuk meningkatkan diri seseorang mencapai tahap pencerahan spiritual, dengan meningkatkan nilai moral mereka. Prinsip Sejati, Baik dan Sabar menyentuh perasaan saya secara mendalam.

Saya terus bersemangat dan berusaha gigih agar boleh membaca buku dan berlatih gerakannya setiap hari, dan bermula saat itu, saya mulai berubah secara asas daripada dalam. Apa yang paling luar biasa adalah apabila tubuh saya mengalami perubahan yang besar, ketika saya berhenti meratapi penyakit yang saya deritai dan mula mempunyai konsep pemikiran yang optimis dan lebih bertolak ansur terhadap orang lain.

Penulis sedang membaca Zhuan Falun, buku utama Falun Dafa. Kredit : DKN.tv

Di masa lalu, saya selalu berasa diri saya sebagai orang yang baik. Ini semua disebabkan oleh kerana saya selalu berjaya mengerjakan semua tugas yang diberikan dengan baik. Namun, setelah saya berlatih Falun Dafa, ramai orang yang menyedari perubahan besar yang saya alami khususnya karakter saya yang semakin berubah seiring dengan kesihatan saya yang semakin pulih.

Sebagai contoh, sebagai kebiasaan di akademi di mana para pelajar akan memberi ‘hadiah’ kepada guru mereka, ataupun wang sebagai menyatakan rasa terima kasih, hal ini juga dilakukan semasa setiap kali ujian berlangsung. Sebagai pengamal Falun Dafa, saya menyedari bahawa saya tidak boleh mengambil wang mereka, jadi saya telah berhenti mengambil semua ‘hadiah’ tersebut, malahan telah mengembalikan semua wang yang pernah diberikan kepada pelajar-pelajar saya di masa yang lalu.

Ketika rakan-rakan sekerja saya mengetahui hal ini, mereka juga menyedari bahawa apa yang saya lakukan adalah sesuatu yang lurus dan terpuji, bahkan mereka juga memberi perakuan kepada ketua di akademi untuk memberi pujian kepada saya, tetapi saya memberitahu mereka yang saya hanya melakukan apa yang saya fahami sebagai sikap yang baik dan tidak mengharapkan apa-apa pujian.

Penulis berhenti menerima hadiah dan wang daripada pelajar-pelajar, malahan mengembalikan semua wang yang pernah diberikan kepadanya di masa lalu. Kredit : DKN.tv

Kemudian, tiga bulan setelah saya berlatih Falun Dafa, seorang saudara terdekat yang sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan ingin memberi saya 15 juta Dong Vietnam ( kira-kira RM2,700) untuk membantunya mendapatkan pekerjaan. Saya tidak menerima wang tersebut, bahkan berkata kepadanya, “Saya boleh membantu kamu, tetapi tolong, tidak perlu memberi saya wang. Saya tidak mengharapkan apa-apa habuan.” Kemudian, saya membantunya mendapatkan pekerjaan yang baik.

Ketika keluarga kakak saya mendengar apa yang berlaku, mereka tidak faham mengapa saya tidak mahu menerima wang yang diberikan. Jadi, saya menerangkan kepada mereka tentang pengamal Falun Dafa akan membantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa habuan, balasan atau mahu mendapat nama supaya dikenali.

Saya menjelaskan bagaimana Zhuan Falun mengajar amalan kebaikan tanpa syarat kepada orang lain, memberi tanpa mengharapkan nama dan harga diri, serta hanya bermotivasi melalui sikap belas kasihan di dalam hati.

Seluruh keluarga kakak saya berasa tersentuh dan berkata Falun Dafa adalah satu ajaran yang amat luar biasa. Tidak lama kemudian, mereka juga mula mengikuti latihan Falun Dafa.

Penulis sedang memberikan hiasan bunga lotus kepada para pelajarnya sebagai kenang-kenangan setelah memperkenalkan latihan tradisional dari China untuk kesihatan jiwa dan tubuh badan kepada mereka. Kredit : DKN.tv

Pengalaman saya jelas membuktikan bahawa hati yang murni dan perasaan belas kasihan adalah kunci untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Salah faham berjaya diperbetulkan

Kerana Falun Dafa yang saya amalkan, fikiran saya menjadi lebih tenang, apa yang baik dan apa yang buruk menjadi lebih jelas. Saya mampu bertenang sebelum meraih kejayaan dan penghormatan yang berkaitan dengan pertandingan seni mempertahankan diri. Dan saya juga berkongsi kebaikan Falun Dafa bersama orang di sekeliling saya, jadi lebih ramai orang yang diberi peluang untuk mempelajari Falun Dafa.

Namun, penganiayaan terhadap Falun Dafa, iaitu informasi palsu yang disebarkan oleh rejim komunis China, membuat ramai rakan termasuk rakan sekerja saya menjadi salah faham mengenai latihan ini.

Manfaat kesihatan serta peningkatan kualiti nilai moral yang didapati daripada latihan ini, membuat latihan ini menjadi sangat popular dan tersebar dengan cepat dari mulut ke mulut di seluruh China. Malangnya, dengan populariti yang semakin menular, membuat amalan ini menjadi sasaran penganiayaan pada tahun 1999.

Sementara Falun Dafa mengajar semua orang menjadi seorang yang baik, dengan mengikuti prinsip Sejati, Baik dan Sabar. Rejim komunis China memburuk-burukkan Falun Dafa dengan menyebarkan propaganda ke seluruh negara bahkan ke luar negara China. Tidak terbilang pengamal yang ditahan dan diseksa sebagai satu usaha agar mereka semua berhenti dari mengamalkan latihan Sejati, Baik dan Sabar.

Sehingga hari ini setelah 19 tahun kemudian, penganiayaan masih berlaku, dan terdapat laporan penyelidikan dengan bukti-bukti yang kukuh, bahawa para pengamal Falun Dafa yang ditahan, menjadi korban pengambilan organ secara paksa dan hidup-hidup, untuk memenuhi keperluan perniagaan pemindahan organ yang menguntungkan di China.

Propaganda yang dilakukan oleh rejim komunis China tersebar luas sehingga ke Vietnam dan ramai orang percaya dan terpengaruh dengan propaganda tersebut, termasuk rakan-rakan sekerja saya. Sehingga pada satu hari, tiba-tiba pejabat saya melaporkan kepada pihak atasan bahawa saya sedang menyebarkan ajaran Falun Dafa.

Saya menerima tekanan yang amat berat, namun saya tetap bertenang, kerana mengetahui saya tidak melakukan perkara yang salah. Dengan hati yang tulus, saya menjelaskan pemahaman saya kepada rakan-rakan sekerja supaya mereka boleh memahami fakta sebenar bahawa Falun Dafa adalah amalan baik, dan tidak tertipu dengan propaganda niat jahat yang disebarkan oleh rejim komunis China.

Akhirnya, seorang kolonel bertemu dengan saya, dan diam-diam mendengar penjelasan saya. Hasilnya, dia memahami bahawa Falun Dafa adalah satu amalan yang mendatangkan manfaat positif untuk setiap orang.

Penulis sedang melakukan latihan meditasi duduk Falun Dafa. Kredit : DKN.tv

Semenjak itu, saya telah bersara dari akademi dan kini menghargai segala waktu yang saya miliki dengan membuat lebih banyak pendedahan dan pemahaman mengenai Falun Dafa, bagaimana latihan ini telah memberi manfaat kepada kehidupan saya dan keluarga, dan bagaimana amalan ini sedang dianiayai di China.

Saya berharap lebih ramai orang yang akan memahami keindahan Falun Dafa dan memiliki peluang untuk merasakan manfaat yang dibawa olehnya, seperti yang berlaku kepada saya dan keluarga, yang pernah mendapat manfaat serta kebaikan luar biasa dari Falun Dafa.

Nguyen Quynh Xuyen tinggal di Vietnam.

Sumber : NTDIN.tv

Catatan Editor :

Falun Dafa adalah latihan kultivasi yang berasal dari Tanah Besar China untuk kesihatan mental dan fizikal. Segala informasi dan bahan latihan disediakan secara percuma di laman sesawang.

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds