Setiap individu akan mengalami pelbagai masalah yang membebankan di tempat kerja. Tidak serasi dengan rakan sekerja, majikan yang terlalu tegas dan bermacam-macam lagi. Justeru, majoriti individu akan menjadi tertekan di tempat kerja dan membawa masalah tersebut sehingga ke rumah.

Bagi melihat bagaimana reaksi masyarakat terhadap isu ini, satu eksperimen sosial telah dijalankan di Korea Selatan dan segalanya dirakamkan menerusi kamera tersembunyi.

Dalam eksperimen tersebut, seorang pelakon lelaki yang berpakaian segak dikatakan ingin menghadiri temuduga pekerjaan namun tidak memakai tali leher dengan betul. Lelaki tersebut dilihat duduk di sebuah perhentian bas dan meminta bantuan daripada orang yang lalu-lalang untuk membetulkan tali lehernya.

Lelaki ini telah meminta pertolongan daripada seorang tua yang turut berada di kawasan kejadian dan memberitahu bahawa dia bakal menghadiri temuduga yang pertama dalam hidupnya.

Pada awalnya, orang tua itu kelihatan ragu-ragu untuk membantu anak muda berkenaan. Namun tidak lama kemudian, dia mula membantu mengikat tali leher lelaki itu sambil melihat ke sekeliling sekiranya bas yang ingin dinaiki telah tiba.

“Terdapat banyak cara untuk mengikat tali leher,” ujar pak cik itu.

Dalam eksperimen bersama orang awam yang lain, lelaki ini turut meminta pertolongan yang sama. Lelaki kedua ini kemudian mengambil tali leher tersebut dan mengikatnya sendiri sebelum menanggalkan tali leher itu dan menyerahkannya kembali kepada pelakon itu.

Lebih menakjubkan lagi, individu itu kemudian berlalu pergi sambil mengukirkan senyuman dan mendoakan agar lelaki itu lulus dengan cemerlang dalam temuduganya.

Individu ketiga pula merupakan seorang datuk yang dengan rela hati membantu anak muda ini sambil berkata, “Sekarang susah mahu mendapatkan pekerjaan. Saya harap awak boleh buat dengan baik dalam temuduga itu.”

Individu keempat pula adalah seorang pak cik yang turut memberikan kata-kata semangat setelah membantu anak muda itu mengikat tali lehernya.

“Awak masih muda, awak boleh lakukannya!”

Seterusnya, seorang mak cik turut membantu pelakon berkenaan di samping membuang habuk yang melekat pada rambut lelaki itu.

 

Wanita keenam pula meminta agar lelaki itu memegang secawan kopi yang hangat sambil membantu mengikat tali lehernya. Tambah wanita itu lagi, dia sudah lama tidak mengikat tali leher, jadi hasilnya tidak begitu kemas.

“Anak lelaki saya baru sahaja mendapat pekerjaan. Jangan gementar, anda pasti berjaya.”

Individu terakhir pula merupakan seorang mak cik. mak cik ini begitu prihatin dengan pelakon lelaki itu apabila mendapati dia langsung tidak memakai baju hangat di bahagian dalam.

‘Kenapa awak tak pakai baju berlapis ketika cuaca sejuk? Tangan awak sudah beku!”

Justeru, mak cik ini telah memberikan lelaki itu pek panas bagi memastikan dia tidak kesejukan. Baiknya hati mak cik ini!

“Jangan mengalah. Pastikan awak lakukan yang terbaik. Mak cik harap dapat dengar berita baik,” ujar mak cik itu sambil dibalas dengan ucapan terima kasih oleh pelakon ini.

Eksperimen sosial ini nampaknya berjaya! Meskipun berada dalam kesejukan, tenaga positif yang dapat dilihat dalam situasi ini pastinya membuatkan sesiapa sahaja berasa lega.

Kredit: Dingo K-POP/Facebook

Sumber: Beauty Daily LifeDingo K-POP/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds