Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan bahawa program pemberian air percuma kepada rakyat Selangor hanya akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sahaja mulai tahun 2019 di samping pemberian meter padu air dinaikkan kepada 25 meter padu sebulan daripada 20 meter padu sebelum ini.

Langkah penjajaran semula program itu diputuskan untuk memenuhi matlamat asal program iaitu bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Kredit: Bernama

“Kerajaan negeri yakin golongan B40 ini lebih berkeperluan dan lebih menghargai bantuan air percuma ini,” katanya ketika membentang Belanjawan Selangor 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat, 23 November yang lalu.

Walau bagaimanapun, jumlah penerima program air percuma masih belum dapat ditentukan dan perkara ini perlu dibincangkan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terlebih dahulu.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: news.com.au

Amirudin berkata, pelaksanaan pemberian air percuma itu kepada golongan sasar akan dibuat secara berperingkat memandangkan pihaknya perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak. Di samping itu, kenaikan tarif air juga tidak dapat ditentukan ketika ini kerana hal ini bergantung kepada perbincangan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta faktor keadaan semasa.

Jumlah peruntukan bagi Program Air Percuma selepas penjajaran dilakukan adalah sebanyak RM 80 juta dan hal ini menjimatkan kerajaan negeri sebanyak RM 105.2 juta. Tambah Amirudin, penjimatan yang berjaya dilakukan oleh kerajaan negeri ini akan dikembalikan semula kepada rakyat Selangor melalui program pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Berita Harian, Mstar, Siakap Keli

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds