Char Kuetiau merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuetiau (shāhé fěn dalam bahasa Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 sentimeter lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai.

Kredit: KL Foodie

Di Kuala Lumpur, terdapat seorang tukang masak Char Kuetiau yang baru berusia 12 tahun. Ceritanya bermula apabila tukang masak cilik tersebut yang bernama Muhammad Raziq meminta kepada bapanya, Roslan yang merupakan pemilik gerai Char Kuetiau untuk mencuba goreng Char Kueytiau dengan sendiri dan hasilnya sangat memberangsangkan.

Kredit: KL Foodie

Raziq dikatakan menunjukkan minat dalam memasak sejak dia masih kecil lagi. Minatnya dalam memasak dapat dilihat apabila dia selalu menolong ibunya memasak di dapur, dalam menyediakan, memotong bahan-bahan dan juga memasak hidangan.

Kredit: KL Foodie

Menurut Rosli, gerai Char Kuetiau tersebut merupakan perniagaan keluarga dan gerai tersebut dioperasi sepenuhnya oleh keluarganya. Isterinya menjadi juruwang, sementara anak-anaknya memasak Char Kuetiau. Menu istimewa di gerai tersebut merupakan Char Kuetiau Kerang yang dijual pada harga RM6.

Kredit: KL Foodie

Jika anda mahu mencuba dengan sendiri bagaimana rasa Char Kuetiau yang dimasak oleh tukang masak cilik ini, anda boleh berkunjung ke gerai tersebut yang terletak di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman, bertentangan dengan Arked Metropoint. Ia dibuka setiap hari Sabtu, 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Tonton kemahiran Raziq memasak Char Kuetiau dalam video di bawah:

Sumber: KL Foodie

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds