Tindakan seorang wanita yang cenderung mengunci pintu kereta sebaik sahaja memasuki kenderaannya berjaya mengelakkan wanita ini daripada menjadi mangsa rompakan penjenayah!

Menurut wanita berkenaan yang dikenali sebagai Xiao Hui, kejadian itu dilaporkan berlaku ketika dia ke sebuah pusat menjual makanan di Taman Bukit Teratai untuk membungkus hidangan makan malam.

Kredit: Xiao Hui/Facebook

Setelah selesai membeli makanan, Xiao Hui terus menuju ke kereta untuk pulang ke rumah dan menikmati makanannya. Seperti biasa, dia masuk ke dalam kereta dan serta-merta mengunci pintu kereta.

Kredit: Angie’s List

Bagaimanapun, menerusi cermin sisi keretanya, dia menyedari terdapat dua orang lelaki berbangsa Melayu dan India sedang cuba untuk membuka pintu belakang kenderaannya.

Gagal membuka pintu kereta, lelaki tersebut kemudiannya datang ke bahagian pemandu dan mengetuk cermin pintu. Terkejut dengan tindakan lelaki tidak dikenali itu, Xiao Hui terus membunyikan hon bagi menarik perhatian orang sekeliling.

Namun begitu, tindakan Xiao Hui membunyikan hon membuatkan penjenayah berkenaan menjadi berang lantas mengeluarkan tukul dari dalam poketnya untuk memecahkan cermin.

Takut, cemas dan panik, wanita ini terus menekan pedal minyak lalu segera melarikan diri daripada lokasi kejadian. Pada ketika itu, dia memaklumkan bahawa terdapat kira-kira lima ke enam orang lelaki yang memegang pisau sedang mengejarnya.

Kredit: Xiao Hui/Facebook

Xiao Hui terus memecut laju menuju ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan pertolongan di samping melaporkan aduan.

Kejadian mengerikan yang dikongsikan ini membuatkan Xiao Hui ingin menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa beringat untuk mengunci pintu kereta sebaik sahaja memasuki kenderaan. Cara ini dapat mengelakkan anda daripada menjadi sasaran penjenayah di luar sana!

Sumber: Oriental DailyXiao Hui/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds