AMPANG – Cermin hadapan sebuah kereta yang diparkir di sebuah pangsapuri retak dan berkecai setelah seorang penghuni tidak bertanggungjawab bertindak mencampak sampah dari atas balkoni lalu terjatuh ke atas kereta mangsa.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama MizzBaby Azrol pada 20 November lalu, keadaan bahagian hadapan kereta milik adik iparnya musnah teruk selain isi sampah juga bertaburan di bahagian dalam kereta.

Kredit: Facebook

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Pangsapuri Taman Industri, Lembah Jaya Ampang itu dipercayai berpunca daripada sikap malas salah seorang penghuni yang enggan turun ke bahagian pembuangan sampah sebaliknya hanya mencampakkan sampah tersebut dari tingkat atas.

Menurut pengguna Facebook berkenaan, seorang jiran telah menghubungi mereka bagi memaklumkan kejadian tersebut. Setelah mendengar perkhabaran itu, mereka sekeluarga segera turun dan amat terkejut apabila melihat keadaan kereta yang musnah.

Kredit: Facebook

“Sampah ini mungkin dibuang dari balkoni tingkat 10 atau 11.”

Dikatakan sampah itu mengandungi sisa-sisa makanan, lampin bayi dan juga tuala wanita yang telah digunakan. Lebih mengejutkan lagi, ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku di pangsapuri berkenaan.

Pada 21 November lalu, satu kes yang hampir sama di pangsapuri tersebut melibatkan sebuah kereta lain yang turut mengalami kemusnahan cermin hadapan disebabkan perbuatan penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Kredit: Facebook

Meskipun laporan polis telah dibuat, pelaku masih lagi belum diberkas ekoran tiada kemudahan CCTV disediakan di sekitar kawasan berkenaan.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds