Tiada siapa di dunia ini yang mahu dilahirkan sebagai orang yang kelainan upaya kerana ia merupakan antara ujian yang berat apatah lagi untuk ditanggung selama hayat dikandung badan. Seperti mereka yang cacat pendengaran. Amat sukar untuk mereka berkomunikasi dengan orang normal dan mereka sering kali berasa terasing kerana tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh orang lain. Deria pendengaran merupakan salah satu anugerah berharga daripada Tuhan yang tidak boleh kita sia-siakan.  

Namun bukan semua cukup bertuah untuk menerimanya seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun ini yang bernama Tom McGartney. Dia tidak berpeluang untuk menonton cerita di televisyen. Hanya ibunya sahaja yang dapat membawa cerita sebelum waktu tidur padanya menggunakan bahasa isyarat. Kadang kala, agak bagus juga untuk Tom jika dia berpeluang untuk menonton cerita secara visual di televisyen. Perkara itu disedari oleh ibu Tom, Laura McGartney, yang tahu ada satu program seperti itu yang dapat membantu anaknya.

“Tom sukakan buku, jadi saya rasa rancangan ‘Cbeebies Bedtime Story’ memang patut ditontoninya. Sebaik sahaja ia ditayangkan, wajah Tom berubah. Dia serta merta tahu rancangan berkenaan lain daripada yang lain kerana ada orang yang berkomunikasi menggunakan bahasa yang difahaminya,” jelas Laura. Rancangan berkenaan dikendalikan oleh Rob Delaney menggunakan ‘makaton’.

Rob sangat terharu kerana dia merupakan pengacara pertama program berkenaan yang menggunakan ‘makaton’ – merupakan bahasa yang menggunakan simbol dan isyarat tangan bagi membantu mereka yang mengalami masalah kesukaran untuk belajar. Ia berbeza dengan bahasa isyarat biasa dan program tersebut juga banyak memaparkan bahasa isyarat British bagi membantu kanak-kanak cacat pendengaran.

Laura said Tom terpesona dengan program CBeebies Bedtime Story menggunakan makaton oleh Rob Delaney

Kisah sebelum tidur Cbeebies telah banyak dibaca oleh selebriti dan orang terkenal antaranya ialah Parton, Orlando Bloom dan Tom Hardy. Namun Rob Delaney sangat istimewa kerana beliau merupakan orang pertama yang menggunakan bahasa isyarat British. Difahamkan bahawa Rob belajar makaton bagi berkomunikasi dengan anaknya, Henry yang mengalami trakeostomi ekoran barah otak. Malangnya, Henry meninggal ketika berusia 2 tahun pada bulan Januari.

Laura mengalirkan air mata ketika menyaksikan reaksi anaknya setelah mendengar cerita pada program berkenaan. “Matanya hanya tertumpu pada televisyen sahaja. Dia kemudian ketawa, tepuk tangan dan pelbagai lagi. Kemudian dia akan menoleh kepada saya dan bertanya, “Ibu tengok tak?”. Ada satu ketika dia seperti mahu menyelam dan hampir membuatkan saya terkena serangan jantung. Keterujaannya juga membuatkan dia agak sukar untuk tidur. Saya tidak pernah melihatnya seperti itu,” tambah Laura.

Makaton merupakan bahasa menggunakan simbol dan isyarat bagi membantu orang berkomunikasi. Ia direka bagi meniru bahasa isyarat British.

Makaton berasal daripada nama penciptanya yang merupakan ahli terapi bahasa iaitu  Margaret Walker, Kathy Johnston, dan Tony Cornforth. Mereka bertigalah yang mencipta dan menggembangkan bahasa berkenaan pada tahun 1970 an dan kini ia sudah digunakan lebih daripada 40 buah negara bagi membantu membangunkan bahasa. Jom saksikan reaksi Tom menerusi video di bawah:

Sumber: happiest

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds