UTQIAGVIK – Sebuah bandar di Alaska mengalami sebuah fenomena yang dikenali sebagai malam polar, di mana matahari tidak akan muncul kira-kira selama dua bulan pada Ahad lalu. Menurut CNN, seramai 4,000 orang yang berada di kawasan berkenaan kini bergelap selama 65 hari.

Kredit: University of Alaska, Fairbanks

Judson Jones, seorang pakar meteorologi CNN berkata malam polar merupakan istilah yang lazim digunakan di kawasan-kawasan yang tidak menerima cahaya matahari ataupun situasi di mana matahari tidak terbit dalam tempoh 24 jam. “Ia merupakan perkara biasa jika anda menetap di Lingkaran Artik. Akan ada hari di mana matahari akan terbenam sepanjang musim sejuk. Ia terjadi setiap tahun,” jelasnya.

Namun matahari akan muncul sejurus masuk musim panas dan ia tidak akan terbenam untuk beberapa hari pada musim tersebut. Utqiagvik bukanlah satu-satunya bandar di Alaska yang mengalami situasi sebegini, tetapi ia pertama kali melanda bandar berkenaan kerana kedudukannya yang terletak jauh di bahagian Utara. Utara Alaska berada di atas Lingkaran Artik, iaitu lingkaran latitud yang mengelilingi kawasan polar Artik yang sejuk.

Matahari terakhir yang akan terbenam berlaku antara akhir November hingga awal Disember. Ia akan terbenam pada jam 1.43 petang Ahad di Utqiagvik, menghilang selama 65 hari sebelum muncul semula pada 23 Januari 2019 nanti. Bagi mereka yang lebih aktif pada malam hari, mungkin akan mempertimbangkan untuk menghabiskan musim sejuk di Utara Alaska.

Sumber: 7News, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds