MATHURA – Seorang budak perempuan berusia setahun terselamat daripada dilanggar selepas terjatuh ke landasan rel kereta api di India. Sebuah rakaman video dimuat naik pada Selasa lalu (20 November) menunjukkan Sahiba terbaring pada ruang antara rel, manakala terdapat 4 buah koc kereta api lalu di atasnya.

Kredit: Youtube/Channel NewsAsia

Jarak tubuhnya dengan roda kereta api berkenaan hanya beberapa inci sahaja. Menurut bapa Sahiba, iaitu Sonu, isterinya ditolak ketika hendak menaiki kereta api menyebabkan isterinya terlepas dakapan terhadap bayi berkenaan.

Kredit: Youtube/Channel NewsAsia

Sahiba kemudiannya terjatuh pada ruang antara jarak platform dengan koc kereta api. Belum sempat ibu bapanya mahu mengambil anak mereka, mereka dihampiri kereta api dalam kelajuan yang tinggi.

Kredit: Youtube/Channel NewsAsia

Sejurus sahaja kereta api berkenaan melalui dan melepasi Sahiba, terdapat dua orang lelaki yang berani menyelamatkan bayi berkenaan dengan mengangkatnya sebelum diberikan kepada ibunya yang panik.

Kredit: Youtube/Channel NewsAsia

Orang ramai menepuk tangan apabila mereka berjaya menyerahkan bayi tersebut kepada ibunya yang sedang panik dan cemas. Sahiba bertuah kerana berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Tonton video yang mencemaskan tersebut di bawah:

Kredit: Channel NewsAsia/ Youtube

Sumber: Channel NewsAsia/ Youtube, Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds