Sekiranya anda masih belum tahu, baru-baru ini syarikat penerbitan gergasi, Disney Pixar telah mengeluarkan treler pertama bagi filem animasi terkenalnya, Toy Story 4. Tanpa perlu diragukan lagi, treler yang dikeluarkan ini pastinya telah membuatkan ramai peminatnya teruja!

Dan seperti kebiasaannya, peminat-peminat filem animasi yang satu ini sudah maklum bahawa setiap kali filem Toy Story dikeluarkan, pastinya butiran-butiran dalam setiap watak yang dihasilkan cenderung untuk mengatasi kehebatan siri filem yang sebelumnya.

Kredit: Disney Pixar/YouTube

Untuk filem Toy Story 4, apa yang kami lihat adalah mereka masih tetap berpegang pada konsep yang sama. Mana tidaknya, lihat sahajalah trelernya ini!

Mari kita lihat 19 butiran-butiran yang cukup teliti yang dihasilkan untuk filem Toy Story 4 ini!

1. Misalnya, watak baharu, Forky yang jelas menggunakan gam berkilau untuk melekatkan matanya!

Kredit: Disney Pixar/YouTube

2. Forky juga mempunyai kesan gam berkilau di bahagian badannya juga!

Kredit: Disney Pixar/YouTube

3. Lihatlah bahagian ‘kepala’ Forky yang bergerigi akibat sudah lama ini. Semuanya kelihatan sangat asli!

Kredit: Disney Pixar/YouTube

4. Corak calar yang terdapat pada bahagian pipi watak Forky  menunjukkan persamaan dengan corak yang terdapat pada produk plastik yang sudah lama digunakan.

Kredit: Disney Pixar/YouTube

5. Rupa yang sangat asli pada dawai pembersih ini sememangnya membuatkan para peminat teruja!

Kredit: Disney Pixar/YouTube

6. Bulatan kecil yang terdapat pada bahagian belakang watak Forky (mungkin bulatan yang menandakan syarikat pengeluarannya)

Kredit: Disney Pixar/YouTube

7. Penelitian hebat turut diberikan pada bahagian baju watak Woody yang sudah lama dipakai

Kredit: Disney Pixar/YouTube

8. Terdapat juga sedikit kekotoran di bahagian tangan Woody yang jelas kelihatan

Kredit: Disney Pixar/YouTube

9. Sedikit kesan carikan benang pada anak baju Woody akibat sudah terlalu lama dipakai

Kredit: Disney Pixar/YouTube

10. Kesan berkilau pada tali pinggang Woody menunjukkan bahawa tali pinggangnya itu sebenarnya dihasilkan daripada plastik dan bukannya kulit. Hebat!

Kredit: Disney Pixar/YouTube

11. Penelitian hebat turut diberikan pada bahagian kepala tali pinggang Woody  yang turut mempunyai kesan lekukan.

Kredit: Disney Pixar/YouTube

12. Lihat sahaja kesan calar pada kostum Buzz ini. Semuanya kelihatan seperti sebenar…

Kredit: Disney Pixar/YouTube

13. Bukan itu sahaja, setiap pelekat-pelekat kecil pada badan Buzz juga turut mempunyai kesan seolah-olah telah dikupil.

Kredit: Disney Pixar/YouTube

14. Sedikit benang-benang yang terkeluar di bahagian topi Jessie

Kredit: Disney Pixar/YouTube

15. Dan tidak dilupakan juga kesan asli yang terdapat pada rambut Jessie yang diperbuat daripada bebenang

Kredit: Disney Pixar/YouTube

16. Anda juga boleh menyaksikan sedikit lekukan atau ketidaksempurnaan pada bahagian mata Jessie!

Kredit: Disney Pixar/YouTube

17. Sedikit kotoran dan juga kesan calar pada bahagian telinga watak Mr. Potato!

Kredit: Disney Pixar/YouTube

18. Sedikit kesan lekukan pada gabus milik Hamm

Kredit: Disney Pixar/YouTube

19. Akhir sekali, kesan-kesan kecil pada bahagian gegelung anjal pada watak anjing permainan itu!

Kredit: Disney Pixar/YouTube

Menarik sungguh treler Toy Story 4 ini. Nantikan kemunculannya di pawagam pada bulan Jun 2019 yang akan datang!

Sumber: Buzz Feed , cocomy.net

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds