Individu yang sangat menjaga kesihatan tahu betapa pentingnya penjagaan kebersihan sesuatu produk makanan. Meski pun proses mencuci makanan seperti buah dan sayur kelihatan mudah, ia sebenarnya lebih rumit daripada yang anda sangkakan.

Artikel ini mengingatkan para pembaca bahawa selama ini, cara anda membersihkan makanan adalah salah!

#1 Buah-buahan dan sayuran sejuk beku

Kredit: Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Buah atau sayur beku sememangnya memudahkan kehidupan kita kerana kita hanya perlu meletakkan produk makanan ini di dalam periuk dan masakkannya. Tetapi anda harus tahu bahawa sebelum produk ini dibekukan, ianya harus dicuci terlebih dahulu sebelum dimasak bagi menghapuskan kotoran dan bakteria.

#2 Beras

Kredit: © Pixabay.com   © Depositphotos.com

Setiap jenis beras haruslah dicuci sebanyak tiga hingga empat kali sebelum ditanak (terutamanya beras panjang). Hal ini kerana bahaya yang sebenar terkandung pada kanji beras. Kanji inilah yang membuatkan nasi lembik dan tidak menyelerakan.

Disarankan juga agar mencuci bijirin berkanji lain seperti jagung atau gandum sehingga airnya bertukar jernih.

#3 Tiram dan kerang

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Segala sumber makanan dari laut haruslah dicuci sehingga bersih kerana kebiasaannya ia dipenuhi dengan pasir dan lumpur.

#4 Produk tenusu

Kredit: CNN.com

Sebelum membuka botol susu, bekas yogurt dan produk cecair lain, anda disarankan untuk membasuh dahulu botol tersebut sebelum membukanya. Beribu-ribu pelanggan telah menyentuh produk ini. Jadi, anda pasti tidak mahu bakteria yang melekat pada bahagian luar bekas masuk ke dalam produk tenusu anda.

#5 Ikan

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Anda sebenarnya tidak perlu mencuci ikan melainkan anda bercadang untuk memakannya secara mentah. Suhu yang tinggi akan membunuh segala bakteria pada ikan. Jadi, jika anda mencuci ikan, terdapat risiko bakteria pada ikan itu akan merebak ke seluruh dapur.

Pastikan anda sentiasa mencuci tangan, papan pemotong dan juga pisau dengan bersih.

#6  Kobis

Kredit: Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Kobis adalah salah satu sayur yang perlu dicuci dengan teliti. Jika anda ingin memasak kobis bunga, anda perlu mencuci setiap ceruk dan pisahkannya kepada bahagian kecil.

Jika anda mahu memasak kobis merah atau kobis putih, anda perlu membuang dua lapisan luar kobis berkenaan yang mengandungi habuk dan kotoran.

Setelah itu, rendam sayur kobis anda di dalam air berisi cuka dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.

#7 Tin minuman

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Jangan terus meminum air tin tanpa membasuh bahagian penutupnya terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana tin-tin ini diangkut di dalam lori yang kotor dan banyak kali disentuh oleh pekerja dan juga pelanggan.

Sebaiknya, tuangkan air tin anda ke dalam gelas untuk diminum.

#8 Sayur salad

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Pastikan setiap helai daun salad dibersihkan dan direndam di dalam air sejuk selama beberapa minit. Setelah itu, keringkannya terlebih dahulu sebelum dimakan.

#9 Epal

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Buah yang paling berkhasiat adalah buah yang tidak perlu menjalani sebarang rawatan khusus. Jika anda mahu makan epal, anda perlu mencucinya dahulu. Kajian menunjukkan jika buah direndam dalam campuran air dan soda bikarbonat selama 12 minit, kesan bahan kimia pada lapisan luar buah tersebut akan hilang.

Sumber: BrightSide

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds