DENPASAR – INDONESIA. Seorang penumpang wanita nekad menceroboh kawasan landasan kerana mahu mengejar pesawat yang bersiap untuk berlepas tersebut gara-gara terlambat.

Kredit: Mas Goen | Twitter

Video insiden tersebut yang berlaku pada Ahad lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali itu menjadi tular di media sosial.

Penumpang yang hanya dikenali sebagai Hana itu dilaporkan sudah daftar masuk, namun dia terlewat untuk menaiki pesawat Citilink dari Denpasar ke Jakarta itu walaupun pengumuman panggilan namanya telah dibuat sebanyak tiga kali.

“Dia sudah mendaftar masuk pada jam 6.27 pagi dan sudah dijelaskan bahawa waktu menaiki pesawat adalah pada jam 6.50 pagi.

“Bagaimanapun, selepas tiga pengumuman dibuat dan panggilan terakhir penumpang itu masih belum datang ke pintu pelepasan,” kata ketua Komunikasi dan Undang-Undang Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Arie Ahsanurrohim.

Selepas beberapa minit pintu ditutup barulah wanita itu tiba di pintu pelepasan tetapi dia sudah tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana pesawat tersebut sudah bersedia untuk berlepas.

“Petugas memberi penjelasan bahawa pesawat sudah menuju ke landasan untuk berlepas tetapi wanita itu tetap berdegil dan terus menceroboh ke kawasan landasan untuk mengejar pesawat tersebut.

“Tindakan itu menyebabkan petugas keselamatan di landasan terpaksa menghalang dan menahan wanita berkenaan,” katanya.

Menurut Arie, selepas dipujuk akhirnya wanita itu bersetuju menaiki penerbangan Citilink pada waktu petang untuk ke Jakarta.

Rakaman video yang menunjukkan kejadian tersebut:

Kredit: Tribunnews | YouTube

Sumber: Harian Metro , Sinar Harian , Channel News Asia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds