Sama ada anda mahu berasa kagum atau ketawa, memakai baju Melayu bertema Doraemon yang juga menjadi baju pengantin bukan selalu dapat dilihat dan ia merupakan satu fesyen pengantin yang agak unik dan jarang diperagakan oleh pasangan pengantin melainkan mereka yang berani serta peminat tegar Doraemon.

Abann Dass atau Mohd Firdaus Mohd Ali menjadi salah seorang pengantin dengan cita rasa unik apabila memakai baju pengantin atau baju Melayu dengan tema karakter siri animasi popular Jepun, Doraemon pada hari perkahwinannya.

Kredit : Abann Dass / Facebook

Pakaian pengantin itu yang menampilkan karakter Doraemon dan Nobita serta rakan-rakan, Shizuka, Suneo dan Goda atau Giant, sangat comel sehingga menarik perhatian para netizen yang melihat foto pengantin baru ini yang dimuat naik di halaman Facebook.

Abann Dass yang merupakan seorang pengurus produk kosmetik dan kecantikan di Kota Bharu berkata beliau merupakan peminat setia siri animasi dari Jepun itu.

Kredit : Abann Dass / Facebook

Menurut Abann Dass kepada The Star, baju pengantin tersebut sepatutnya dipakai semasa sesi fotografi pra-perkahwinan, sebaliknya beliau telah menukar fikirannya lima hari sebelum hari perkahwinan dan mahu memakai serta memperagakannya di atas pelamin.

Abann Dass berkata, “Pada mulanya isteri saya tidak mahu memakai baju pengantin Doraemon itu, kerana dia berasa malu dengan cakap-cakap tetamu yang hadir. Tetapi saya memberi keyakinan kepadanya dengan berkata, ‘Kalau sayangkan saya, pakai sekejap pun tidak apa’.”

Kredit : Abann Dass / Facebook

Kata pengantin lelaki unik ini lagi, isterinya Ana memakai pakaian pengantin yang sama tetapi dia tidak mahu memuat naik gambar-gambar pengantin perempuan dengan pakaian pengantin Doraemon itu di media sosial kerana menghormati permintaannya.

Kata Abann Dass yang bertindak menjaga hati isteri, “Saya memahami perasaan yang dilaluinya. Buat masa ini, biarlah saya seorang sahaja yang nampak memakai pakaian pengantin Doraemon. Apabila pasangan saya sudah bersedia, saya akan memuat naik gambarnya di laman sosial.”

Kredit : Abann Dass / Facebook

Foto Abann Dass dengan pakaian pengantin Doraemon yang unik itu mendapat reaksi yang pelbagai di kalangan netizen dengan ada yang tidak berasa kagum, sebaliknya berasa pelik dan lucu.

Terpulang kepada pendapat masing-masing. Apa yang penting, hajat Abann Dass dan pasangan untuk mengabadikan hari bahagia dengan cara yang unik untuk dikenang sepanjang hayat sehingga ke anak cucu sudah tercapai.

Sumber : Abann Dass / Facebook , The StarWorld of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds