Anna Trupiano merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah khas untuk para pelajar yang mengalami masalah pendengaran dan juga pelajar-pelajar normal.

Selain mengajar subjek-subjek wajib, Anna juga dipertanggungjawabkan untuk mendidik para pelajarnya dengan kemahiran sosial tertentu agar mereka mampu hidup dalam komuniti dengan lebih selesa.

Baru-baru ini, Anna telah mengongsikan satu detik melucukan baginya ketika dia membuka satu topik peribadi di dalam kelas iaitu tentang kentut di tempat awam…

Kredit: Daily Mail

Menurut perkongsian Anna di akaun Facebooknya, seorang kanak-kanak berusia enam tahu telah mengeluarkan bunyi kentut yang sangat kuat sehingga membuatkan satu kelas mentertawakan kanak-kanak itu.

Lebih melucukan lagi, kanak-kanak yang pekak ini kelihatan sangat terkejut dan keliru apabila semua pelajar melihat dan mentertawakannya.

Ini merupakan perbualan yang berlaku di dalam kelas pada ketika itu.

Murid : “Cikgu, kenapa mereka semua memandang saya?”

Anna : “Kerana mereka mendengar kamu kentut”.

Murid : “Apa maksud cikgu?”

Anna : “Manusia boleh mendengar bunyi kentut”.

Murid : “Tunggu sekejap, mereka semua boleh mendengar bunyi kentut!?!”

Anna : “Tidak. Bukan semua kentut tetapi sesetengahnya boleh didengari”.

Murid : “Macam mana cikgu tahu kentut yang berbunyi dan kentut yang tidak berbunyi?”

Anna : “Hmmm…. Awak sedar tak kadang-kadang punggung awak akan bergetar ketika awak kentut? Biasanya itu kentut yang boleh didengari. Tetapi jika punggung awak tidak bergetar maksudnya kentut itu tidak berbunyi”.

Murid : “BERITAHU MEREKA SEMUA SUPAYA JANGAN DENGAR BUNYI KENTUT SAYA! TAK BAIK!”

Anna : “Mereka semua tidak mampu menghalang diri mereka untuk mendengar bunyi kentut”.

Murid : “Kalau begitu, saya tidak mahu kentut lagi”.

Anna : “Semua orang kentut. Ianya menyihatkan. Awak tidak boleh menghentikannya”.

Murid : “Apa? Semua orang? Termasuk ibu dan bapa saya?”

Anna : “Ya”.

Murid : “…. Cikgu?”

Anna : “Ya”.

Perbualan yang berlaku di antara kedua-dua guru dan pelajar ini membuatkan seluruh kelas ketawa berdekah-dekah terutamanya selepas murid itu bertanyakan sama ada gurunya juga kentut.

Kredit: Shutterstock

Murid : “… Jadi kamu semua boleh mendengar dan bau kentut?”

Anna : “Sesetengah kentut, ya. Bukan semuanya”.

Murid : “Bolehkah manusia yang boleh mendengar melihat kentut?”

Murid lain : “Ya. Asap berwarna hijau keluar daripada punggung mereka. Saya lihat di TV”.

Anna : “Itu tidak berlaku dalam kehidupan sebenar”.

Murid : “Apa?! Arghhh. Saya tidak faham dengan kentut”.

Perkongsian ini menjadi tular dan membuatkan ramai yang geli hati dengan keletah murid-murid ini. Meskipun kelihatan melucukan, Anna menegaskan bahawa situasi ini adalah isu serius yang perlu dihadapi oleh masyarakat pekak.

“Satu tahu ianya bermula dengan kentut tetapi isu yang sebenar adalah kebanyakan pelajar saya tidak mampu belajar perkara ini di rumah atau daripada rakan-rakan kerana tidak mempunyai akses bahasa yang sama”.

Kredit: BBC

Tambah Anna lagi, kebanyakan murid yang diajarnya tidak mempunyai ahli keluarga yang tahu menggunakan bahasa isyarat dengan baik. Hal ini menyebabkan keluarga tidak mampu menjelaskan tentang sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling anak-anak.

Justeru, Anna sangat berharap agar perkongsian kisahnya ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai individu di luar sana untuk melibatkan diri dengan komuniti khas ini dengan mempelajari bahasa isyarat.

Lihat video di bawah bagaimana menyampaikan isyarat kentut kepada golongan khas:

Kredit: ASL Dictionary | YouTube

Sumber: GOOD

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds