Beberapa bulan lepas, satu Malaysia gempar dengan berita penemuan cacing di dalam jenama sardin tertentu yang kebanyakan diimport dari luar negara. Disebabkan itu, masyarakat mula mengelakkan diri daripada membeli sardin dalam tin yang dijual di pasaran.

Bagaimanapun, sardin adalah salah satu hidangan yang ringkas, mudah disediakan dan rasanya juga sangat sedap! Sampai bila kita perlu ‘berpuasa’ sardin dan menahan selera terhadap hidangan ini bukan?

Untuk itu, salah satu cara yang selamat untuk anda memakan sardin tanpa perlu berasa khuatir dengan kewujudan cacing di dalamnya adalah dengan memasak sendiri ikan sardin itu di rumah!

Baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Nur Ezani Shukri telah mengongsikan tips dan cara beliau menyediakan sendiri masakan sardin di rumah tanpa menggunakan sardin di dalam tin.

Berikut merupakan bahan-bahannya:

  • 3kg ikan sardin dan ikan Saba Mackerel
  • 2 biji bawang Holand (dikisar)
  • 10 biji tomato (dikisar)
  • 1 tin puri tomato
  • 1 tin air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

Pertama sekali, anda perlulah menyiang ikan dan cuci sehingga bersih

Seterusnya panaskan minyak. Tumis bawang Holand yang telah dikisar halus sehingga naik baunya.

Kemudian, masukkan 10 biji tomato yang telah dikisar ke dalam periuk. Kacau rata.

Masukkan pula satu tin tomato puri. Seterusnya, masukkan satu tin air yang disukat dengan menggunakan tin tomato puri tadi.

Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan gula secukup rasa.

Setelah itu, masukkan ikan dan pastikan ikan tenggelam di dalam kuah tomato anda. Kacau perlahan bagi mengelakkan kuah menjadi hangit dan ikan anda tidak hancur.

Akhir sekali, tetapkan periuk tekanan anda kepada 80 minit. Pastikan anda lihat keadaan ikan sama ada sudah masak atau belum. Jika ikan masih belum lembut, anda boleh tambahkan sedikit masa lagi.

Inilah dia ikan sardin hasil air tangan anda yang dijamin selamat, bersih dan pastinya enak sehingga menjilat jari!

Sumber: Nur Ezani Shukri, Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds