Dunia digemparkan dengan berita kemunculan semula kapal selam ARA San Juan yang telah hilang sejak setahun yang lalu pada Jumaat (16 November 2018) lepas.

Kapal selam yang hilang bersama anak kapal itu ditemui di Lautan Atlantik selepas berjaya dikesan oleh syarikat dari Amerika Syarikat iaitu Ocean Infinity yang bertanggungjawab dalam operasi pencarian selama kehilangannya.

Selepas terdapat “pengenalan positif ARA San Juan,” yang terletak pada kedalaman 800 meter di Lautan Atlantik, Tentera Laut Argentina mengesahkan perkara tersebut pada petang Jumaat yang sama.

Kredit: Viral News Trends

Kesemua ahli keluarga anak kapal yang terkorban dalam nahas tersebut telah dipanggil ke Pangkalan Laut Mar del Plata untuk dimaklumkan secara rasmi dalam tempoh masa yang terdekat.

Difahamkan, kapal selam yang dalam perjalanan ke pangkalan Ushuaia di selatan Argentina tersebut telah terputus hubungan dengan tentera pada 15 November tahun lalu kira-kira 450 kilometer dari pantai Argentina.

Sebanyak 13 buah negara telah terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang dijalankan selepas 48 jam kapal selam itu hilang daripada radar.

Sumber: SIAKAP KELI

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds