Justin Trudeau nampaknya telah menjadi salah seorang Perdana Menteri Kanada yang dikenali di seluruh dunia dan dikagumi ramai. Beliau bukan sahaja berjaya memenangi hati rakyatnya dengan mengutamakan kepelbagaian jantina dan bangsa dalam pemerintahan beliau tetapi turut memberikan inspirasi kepada penduduk seluruh dunia!

Kredit: The Record

Buat masa ini, Perdana Menteri Kanada itu sedang berada di Singapura bagi menghadiri ASEAN Summit ke-33 serta bertemu dengan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan presidennya, Halimah Yacob.

Pada 14 November lalu, Justin telah mengambil bahagian dalam sesi dialog bersama para pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi membincangkan mengenai isu-isu bertemakan membina perhubungan.

Kredit: Channel NewsAsia

Bagaimanapun, terdapat satu insiden menarik sewaktu lawatan rasmi beliau yang mencuri perhatian majoriti rakyat Singapura dan juga negara lain. Beliau dilihat berada di Pusat Makanan Jalan Adam pada pagi 16 November lalu dan sepanjang keberadaan beliau di sana, ramai yang teruja untuk melihat ahli politik ini.

Beliau bukan sahaja mengambil gambar bersama beberapa individu tetapi beliau turut duduk bersama penduduk sambil menikmati minuman di gerai dan membicarakan tentang perancangan mereka pada masa hadapan.

Kredit: Channel NewsAsia/Facebook

Dalam satu video yang menular, Justin dilihat mendekati sebuah keluarga dan dengan penuh rasa hormat, memberikan salam perkenalan kepada seorang wanita bertudung dengan meletakkan tangan ke dadanya sebelum duduk untuk berbual bersama mereka.

Kredit: Channel NewsAsia/Facebook

Tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri Justin sangat dihormati dan dikagumi oleh ramai. Jarang sekali kita dapat menyaksikan seorang pemimpin politik terkemuka sanggup singgah ke kawasan gerai dan beramah mesra bersama penduduk.

Sementara itu pada 15 November, Justin telah menziarahi makam nenek moyangnya di Fort Canning iaitu Esther Bernard yang merupakan anak perempuan kepada Residen British pertama dan Komanden Singapura, Major General William Farquhar.

Kredit: Channel NewsAsia

“Ia adalah detik yang menyentuh hati apabila dapat melihat sejarah keluarga saya, menghargai semua susur galur, mengaitkan segala kisah dan ia adalah detik terindah bagi saya untuk melihat perhubungan dan laluan Kanada yang berasaskan dari Singapura,” kata Justin kepada Channel NewsAsia.

Kredit: Channel NewsAsia/Facebook

Sumber: World of BuzzChannel NewsAsiaChannel NewsAsia/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds