Pada 16 November, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan inisiatif ‘Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2018’.

Kredit: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia/Facebook

Menurut notis yang disiarkan di laman Facebook dan Twitter SKMM, soal selidik itu akan dijalankan dari 12 November hingga 12 Disember untuk mengumpul data pengguna telefon bimbit di Malaysia.

Pengguna juga dimaklumkan bahawa soal selidik itu hanya akan dijalankan dari pukul 9 pagi hingga 6 petang pada setiap hari, kecuali pada hari cuti umum di peringkat kebangsaan dan Selangor.

Walau bagaimanapun, soal selidik ini tidak melibatkan semua pengguna telefon bimbit, sebaliknya responden hanya akan dipilih secara rawak oleh sistem komputer. Panggilan kepada pengguna akan dilakukan dari Pusat CATI SKMM, Cyberjaya.

Gambae sekadar hiasan. Kredit: MyCyber Security Clinic

“Penyertaan adalah secara sukarela: walau bagaimanapun, kerjasama daripada orang ramai amat dihargai. Semua maklumat yang dikumpul akan digunakan untuk pengiraan statistik di peringkat kebangsaan,” memetik kenyataan itu.

Disamping itu, SKMM juga menekankan bahawa tidak ada wang yang akan dikutip atau sebarang urusan jualan akan dilakukan.

“Tiada sebarang maklumat peribadi pelanggan selular mudah alih diperolehi daripada pembekal perkhidmatan,” kata SKMM dalam kenyataan itu.

Dalam kiriman berasingan di halaman Facebook yang sama, SKMM berkata, “Soal selidik pengguna telefon bimbit oleh SKMM ini dijalankan pada setiap tahun. Responden untuk soal selidik ini hanya akan kami hubungi daripada nombor-nombor ini: 03-86888235 dan 03-86888234.”

Kredit: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia/Facebook

Berikutan pemberitahuan ini, SKMM menasihati orang ramai untuk membuat laporan kepada Portal Aduan SKMM sekiranya mereka menerima panggilan dari mana-mana nombor yang lain.

Sebarang pengumuman mengenai penamatan atau penambahan tempoh soal selidik akan diumumkan di laman webnya.

Sumber: SaysSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds