Meditasi sangat berfaedah bagi semua peringkat umur, termasuklah kanak-kanak. Tanya sahaja pada Guru Besar di sebuah sekolah di Montessori, Mexico. Beliau telah mengaturkan para pelajar untuk mempelajari jenis-jenis meditasi tertentu, dan prinsip-prinsip mengenainya dalam “kelas ketenangan” mingguan mereka.

Ia merupakan kelas yang sangat bernilai untuk pelajar di Sekolah Guasave Montessori di negara Mexico Sinaloa, Guru Besar sekolah itu Miriam Nava Cervantes berkata- “Mereka sangat menyukainya!”

Sumber: ndt.tv

Selama tiga tahun ini, setiap kumpulan pelajar yang berumur 3 hingga 11 tahun (tadika ke sekolah rendah) telah belajar bagaimana mengamalkan Falun Dafa, suatu meditasi disiplin untuk minda dan badan, sekali seminggu.

Setiap hari Jumaat apabila pengamal Falun Dafa secara sukarela mengadakan “kelas ketenangan” sekolah, murid-murid itu dengan gembira berkata, “Falun Dafa ada di sini!”

Pengetua Cervantes, yang berpendapat bahawa ia memperkenalkan Falun Dafa ke dalam kurikulum “kelas ketenangan” sekolah, sangat berpuas hati bagaimana murid-murid menerimanya dengan baik.

“Saya perhatikan bahawa tingkah laku pelajar telah bertambah baik secara ketara sejak kami berlatih Falun Dafa,” katanya dalam e-mel kepada wartawan NTD.

Falun Dafa, juga dikenali sebagai Falun Gong, mempunyai sejarah purba, dan hanya diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun 1992.

Amalan ini terdiri daripada lima senaman lembut dan perlahan termasuk meditasi secara bersila.

Imej kanak-kanak yang bermeditasi, kelihatan tenang dan sangat comel, dikongsi oleh sekolah di Facebook dengan kapsyen, “Di institusi kami, kami bekerja setiap hari untuk anak-anak kita agar hidup dengan aman.”

Sebagai tambahan kepada komponen latihan, amalan ini mempunyai ajaran yang berdasarkan prinsip sejagat “Sejati, Baik dan Sabar”.

Sumber: Montessori de Guasave | Facebook

Untuk memperdalamkan pemahaman kanak-kanak tentang prinsip, pengamal Falun Dafa mengadakan aktiviti kelas kreatif dan sangat bermakna.

Dalam satu kelas, pelajar belajar tentang “kebaikan” dan “karma”.

Jadi, apabila seseorang melakukan perbuatan baik, seperti membantu seseorang, seseorang akan mengumpulkan “kebaikan” yang akan mendatangkan berkat.

Akan tetapi juka perbuatan jahat akan mengumpul karma, dan mendatangkan kesulitan. Selain karma tambahan, apabila seseorang bersumpah dengan yang lain, dia akan kehilangan kebaikan.

Sumber: Montessori de Guasave | Facebook

Menariknya, apabila pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain peranan watak, tiada seorang daripada mereka pun yang berani mengeluarkan kata-kata kasar, kerana takut akan kehilangan kebaikan mereka.

Dalam kelas lain, ciri-ciri sifat negatif seperti “cemburu” dan “menunjuk-nunjuk” antara satu sama lain hukumannya harus ditulis kepada batu kecil dan masukkan dalam botol air.

Selepas botol itu dtutup ketat, botol itu dimasukkan pada bekas air, dan terus tenggelam ke bahagian bawah. Apabila batu-batu kecil itu dikeluarkan secara beransur-ansur, kanak-kanak memerhatikan botol terapung semula ke permukaan.

Melalui latihan kecil ini, para pelajar belajar betapa pentingnya menjaga minda mereka agar berfikiran murni daripada emosi negatif. Dengan itu, mereka juga boleh bangkit seperti botol yang ringan dan kosong!

Sebagai hasil dari kelas ini, Pengetua Cervantes mengatakan “anak-anak lebih sedar tentang keperluan orang lain dan sering cuba menyelesaikan masalah tanpa berkelahi.”

“Saya fikir Maria Montessori betul ketika dia berkata: ‘Tanamkan idea-idea yang baik dalam diri kanak-kanak, walaupun mereka tidak mengerti. Waktu akan membuatkan mereka menyedari makna dalam fikiran mereka dan idea-idea akan berkembang di hati mereka.’

Sumber: Montessori de Guasave | Facebook

“Saya fikir kita menanam perkara yang baik, dan Falun Dafa adalah salah satu daripada mereka.”

Bercakap kepada Radio SOH, Cervantes berkata dalam bahasa Sepanyol: “Kelas Falun Dafa adalah yang paling digemari murid-murid, amalan Falun Dafa di Sekolah Montessori membantu kanak-kanak mengenali satu sama lain, menjadi lebih bertolak ansur, untuk memikirkan keperluan orang lain, menghormati segala bentuk kehidupan, menyelesaikan konflik dan mencari keamanan.

“Saya berterima kasih kepada anda kerana berkongsi kebijaksanaan anda dengan kami; Falun Dafa memberi manfaat kepada semua orang.”

Lihat video dibawah bagaimana mereka mengamalkan meditasi ini:

Kredit:  Dan Cam | YouTube

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip Sejati, Baik dan Sabar. Untuk info lebih lanjut, silakan kunjungi laman ini.

Sumber: Dan Cam | YouTube, NTDTV

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds