Kelaparan merupakan antara rasa yang agak sukar untuk dihadapi. Ada segelintir daripada kita yang akan bertindak melulu dan tidak berfikir terlebih dahulu sekiranya berada dalam keadaan lapar. Mereka akan marah-marah dan mudah melenting jika perut mereka tidak diisi dengan segera.

Kemudian, barulah mereka akan tenang. Adakah anda seperti itu? Namun, ada juga yang menjadi pasif dan lemah jika sedang berlapar. Itu bagi manusia dan ia sangat berbeza dengan haiwan. Mereka berlapar dan ia akan memotivasikan mereka agar kekal berjuang untuk mendapat makanan dan terus hidup. Oleh kerana itulah, mereka akan makan apa sahaja ketika mereka sedang lapar.  

Begitulah lumrah kehidupan. Kadang kala akan muncul kesusahan yang agak sukar untuk diselesaikan. Seperti yang berlaku pada seekor kura-kura dan seekor ikan keli di sebuah tasik Grapvine, Texas. Terdapat beberapa individu berada di sana dan mereka terjumpa dengan seekor kura-kura yang telah berada di dalam mulut ikan keli yang terapung di permukaan air. Hal ini mencuri tumpuan orang berkenaan dan mereka memutuskan untuk membantu haiwan berkenaan menyelesaikan dilema mereka.

Mungkin ikan berkenaan sudah terlalu lapar sehingga sanggup memakan kura-kura yang agak besar saiznya. Ia menyukarkan ikan berkenaan untuk menelan kura-kura itu. Dalam pada itu, kura-kura tersebut pula tidak boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah tersangkut pada mulut ikan berkenaan. Itulah dilema yang mereka harus hadapi dan selesaikan. Nasib baik ada individu yang mahu membantu mereka.

Orang berkenaan bertindak menangkat ikan tersebut ke dalam bot mereka dan cuba menarik keluar kura-kura tersebut. Usaha itu agak sukar kerana ikan berkenaan mencengkam kuat mangsanya namun akhirnya kura-kura tersebut berjaya dikeluarkan.

Ikan keli berkenaan juga dilepaskan semula ke dalam tasik dengan harapan agar akan berfikir dahulu sebelum bertindak melulu ketika sedang berlapar. Mungkin ikan keli tersebut sudah mendapat pengajaran terhadap perbuatannya itu. Semoga kisah ikan keli dan kura-kura ini juga akan dapat mengingatkan kita juga agar usah bertindak melulu dan membuat keputusan dalam keadaan yang lapar ya!

videoPlayerId=f486106a2

Ad will display in 09 seconds

Sumber: BL Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds