Menurut kajian dalam laporan yang dibentangkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada 15 November, mendapati 3 daripada 10 golongan dewasa yang bekerja terpaksa meminjam wang untuk membeli barangan penting sejak 6 bulan yang lalu.

Walau bagaimanapun, kajian AKPK tidak menyebut apa yang dianggap sebagai barangan penting secara spesifik. Ini merupakan kajian sulung berkaitan tingkah laku kewangan yang telah dijalankan ke atas 3,500 individu warga Malaysia yang bekerja, bermula dari bulan Januari hingga Julai 2018.

Kredit : Malay Mail

Secara asas, sebanyak 28 peratus daripada 3,540 responden yang berusia antara 20 hingga 60 tahun telah menyertai kaji selidik AKPK, dan mengakui tidak dapat membeli barangan penting dengan wang sendiri.

Laporan kaji selidik tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis perasmian Simposium Celik Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 2018 di ibu negara pada 15 November.

Kredit : Afiq Mohd. Shah /Utusan Online

Selain itu kajian mendapati , 2 daripada 10 orang dewasa warga Malaysia yang bekerja juga tidak dapat menyimpan wang mereka walaupun dengan jumlah yang sedikit sejak 6 bulan yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata sebanyak 53 peratus golongan yang berada dalam kategori itu berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan tidak mampu menyimpan RM1,000 sebagai tabungan kecemasan.

Menurut Azaddin kepada Malay Mail, “Kajian kami mendapati warga Malaysia bekerja dalam golongan berpendapatan sederhana masih tidak dapat mencapai tahap kehidupan selesa dan sejahtera. 2 daripada 10 golongan dewasa bekerja di Malaysia menyimpan kurang 5 peratus daripada punca pendapatan mereka.”

Kredit : The Malaysian Reserve

Tambah Azaddin, “Ramai yang tidak dapat mengasingkan wang mereka sebagai tabungan kecemasan dan bagi tujuan membayar pembiayaan kesihatan, dan lebih daripada itu, mereka juga tidak dapat menyimpan wang bagi menampung pembiayaan kecemasan kehilangan punca pendapatan dengan sekurang-kurangnya selama 3 bulan.”

Kajian AKPK menumpukan dua golongan dalam melihat tingkah laku pengurusan kewangan ini iaitu mereka yang bekerja sendiri dan golongan berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

Azaddin berkata, “Dua golongan ini adalah golongan yang paling terdedah dan terjejas dalam mencapai terma kewangan yang sejahtera. Kos sara hidup yang tinggi di Malaysia pada masa kini menjadi punca mengapa ramai golongan dewasa bekerja tidak mampu untuk menyimpan.”

Kredit : The Vocket / Gambar Hiasan

Lebih mengejutkan, pekerja sektor awam mencatatkan peratusan tertinggi dalam membuat pinjaman peribadi. Menurut Azaddin, mereka yang bekerja sebagai tentera, polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan merupakan golongan yang mudah mendapat pinjaman peribadi disebabkan mereka bekerja tetap dalam kerajaan dan ia menjadi satu jaminan. Tambahan juga, bagi mereka yang bekerja dalam sektor pertanian.

Azaddin berkata, “Masih terdapat kumpulan yang dapat menguruskan wang pendapatan dengan baik dengan menyimpan 5 hingga 10 peratus dari punca pendapatan setiap bulan, tetapi jumlah itu masih ditahap minima.”

Tambah Azaddin, sekiranya para pengguna masih kurang memahami aspek pengurusan kewangan dengan baik pada tahap awal, ia akan memberi mudarat kepada masa depan kewangan untuk jangka masa panjang.

Sumber : Utusan Online , Malay Mail , SAYS

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds