Pada penghujung tahun yang lalu, kita sudah digemparkan dengan berita bahawa kartun kegemaran kita, Pokémon akan muncul dengan filem aksi langsung (live action movie) dan kini, trelernya sudahpun didedahkan kepada umum dengan tajuknya ‘POKÉMON Detective Pikachu’.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Ramai orang mempunyai pendapat dan perasaan yang bercampur-baur mengenai pembikinan filem ini. Walau bagaimanapun, menerusi treler yang ditunjukkan, penonton boleh melihat begitu banyak watak Pokémon yang akan muncul dalam filem yang bakal menemui peminat-peminat tegarnya tidak lama lagi.

Antara babak yang begitu menarik perhatian adalah kemunculan semua watak Pokémon di Bandar Ryme yang turut hidup bersama dengan manusia.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Antara watak yang boleh dikenalpasti dalam babak ini adalah Charmander di bahagian hadapan sekali, Dodrio yang kelihatannya sedikit tersorok, Bouffalant yang sedang menuju ke arah orang ramai dan juga Braviary, Fearow, Comfey serta Flabébé yang sedang terbang dengan santai di ruangan udara.

Penonton juga dipertemukan dengan si itik Psyduck yang merupakan pendamping kepada wartawan Lucy Stevens (Kathryn Newton).

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Pada saat yang ke 44, penonton diperlihatkan dengan watak yang paling dinanti-nantikan bagi filem yang bakal menggegarkan seluruh pawagam di seluruh dunia, Detektif Pikachu.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Detektif Pikachu disuarakan oleh Ryan Reynolds, di samping suara Ikue Otani yang khas digunakan untuk menyebut perkataan “pika-pika”.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Menerusi babak yang menunjukkan suasana di pasar ini pula, penonton boleh mengesan dengan jelas kehadiran watak sekumpulan Emolga di atas bumbung salah satu gerai di situ.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Selain itu, terdapat juga watak Audino di sebelah kanan yang hampir tersorok oleh temannya. Bukan itu sahaja, babak ini juga ada menampilkan watak Dodrio.

Seterusnya, dalam babak yang satu ini pula penonton dapat melihat watak utamanya iaitu Tim Goodman (Justice Smith) yang sedang mendukung Pikachu yang berkemungkinan cedera dan berjalan mengikuti barisan Bulbasaurs menuju ke suatu destinasi.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Babak ini juga menunjukkan watak Morelulls yang turut sama mengiringi Bulbasaur dalam perjalanan.

Watak Pokémon yang seterusnya pula adalah watak Jigglypuff melalui ekspresi wajahnya yang garang ternyata sebenarnya sangat comel.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Watak Charizard pula tidak perlu diperkenalkan lagi kerana watak ini sememangnya terkenal dengan kekuatannya.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Tidak ketinggalan, treler yang berdurasi 2 minit dan 22 saat ini juga sempat menunjukkan tiga pasukan Greninjas yang terbang ke tempat kejadian sejurus selepas babak Charizard.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Kemudian, penonton ditunjukkan dengan gambaran ringkas dan pantas tentang kemunculan watak Rufflet dan Squirtle.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Di penghujung treler yang memberi keterujaan ini, penonton dipertontonkan dengan watak Mr Mime ketika Pikachu dan Tim kelihatan seperti sedang menyoal siasat terhadapnya.

Kredit: Warner Bros. Pictures/YouTube

Filem ini dilaporkan akan menemui peminatnya pada musim panas tahun 2019.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds