SINGAPURA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Kolej Perubatan King Edward V11, Universiti Nasional Singapura (NUS) pada pagi tadi, 13 November 2018.

Kredit: Bernama

Kemudian pada tengah hari ini pula, Tun Mahathir akan dianugerahkan dengan anugerah Penaung Kehormat daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN.

Tun Mahathir menyampaikan anugerah perniagaan ‘ASEAN 2018’ dalam majlis ASEA Business Awards 2018 di Hotel Ritz-Calton, Millenia Singapura

Kredit: Bernama

Beliau kemudian dijadualkan akan menikmati majlis makan tengah hari bersama Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong sekali gus menjadi pengakhiran kepada lawatan rasmi beliau ke negara berkenaan selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah bergambar bersama Perdana Menteri Singapura dan isteri beliau dengan Orkid yang diberi nama ‘Dendrobium Mahathir Siti Hasmah’

Kredit: Astro Awani

Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, Tun Mahathir akan melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Singapura atas jemputan daripada Perdana Menteri negara itu, Lee Hsien Loong.

Sumber: Astro AwaniKosmo

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds