KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan bakal melaksanakan tindakan untuk menuntut semula segala fi dan bayaran dari Goldman Sachs yang dipercayai mempunyai perkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kredit: Astro Awani

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Guan Eng dalam satu wawancara bersama BFM89.9 pada Isnin lalu.

Menurut laporan Astro Awani, semua fi dan bayaran yang dikenakan oleh Goldman Sachs terhadap kerajaan adalah berkenaan dengan pengaturan tiga terbitan bon serta sukuk 1MDB yang dilaporkan meraih sehingga RM24 bilion pada tahun 2012 dan 2013. Bagi perkhidmatan tersebut, pihak Goldman Sachs telah diberikan bayaran sebanyak RM2.4 bilion.

Kredit: AFP

Melalui satu temubual bersama Astro AWANI, wartawan Tom Wright dari Wall Street Journal telah memberitahu bahawa jumlah RM2.4 bilion yang diterima oleh Goldman Sachs merupakan bayaran paling tinggi pernah diberikan kepada mana-mana bank pelaburan di dunia.

Guan Eng turut memaklumkan dua faktor yang menyebabkan kerajaan mahu menuntut semula bayaran berkenaan daripada Goldman Sachs.

Bagi faktor pertama, Tim Leissner yang merupakan bekas pegawai bank telah mengaku bersalah atas dakwaan mencuri wang 1MDB. Pada masa yang sama, seorang lagi bekas pegawai bank berkenaan iaitu Roger Ng yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Malaysia dan sedang menunggu arahan untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi pertuduhan.

Kredit: The Edge Markets

Faktor kedua pula melibatkan ketua pegawai eksekutif bank tersebut iaitu David Solomon yang dikatakan ‘menyesali’ peranan yang dimainkan oleh Goldman Sachs dalam skandal 1MDB.

“Ini menunjukkan bahawa Goldman Sachs terpalit dalam isu ini dan seharusnya tahu bahawa peranan yang dimainkannya dalam skandal 1MDB adalah kritikal,” jelas Lim Guan Eng.

Terdahulu, Wall Street Journal pernah melaporkan mengenai pertemuan yang diadakan antara Jho Low dengan bekas ketua pegawai eksekutif Goldman Sachs, Lloyd Blankfein pada tahun 2009 dan 2012 dipercayai atas urusan berkaitan 1MDB.

Sumber: Astro AwaniFree Malaysia Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds