Melihat ibu haiwan menyayangi anak-anak mereka adalah sesuatu yang normal. Ibu mana yang tidak sayang akan anak mereka sendiri? Tetapi melihat ibu haiwan menyayangi anak haiwan lain adalah sesuatu yang agak luar biasa.

Apa yang lebih menyentuh hati mereka sangat menyayangi anak-anak haiwan lain sama seperti mereka sayang akan anak mereka sendiri, satu perbuatan yang sangat manis!

Lihatlah apa yang dilakukan oleh anjing ini. Kasih sayangnya terhadap anak-anak kucing ini nampaknya tidak bersyarat.

Walaupun tidak kenal akan mereka tetapi anjing ini tetap menjaga anak-anak kucing yang masih kecil itu. Lagaknya seperti ‘ibu angkat’ buat anak-anak kucing tersebut.

Anjing itu membawa seekor demi seekor anak kucing itu masuk ke dalam kotak tempat tidurnya. Ibu kucing pula hanya menyaksikan tindakan anjing tersebut dengan tenang.

Anak kucing yang terakhir seperti mahu melawan dan tidak mahu mengikuti anjing tersebut sehingga anak kucing tersebut terjatuh sebelum masuk ke dalam rumah kotak.

Namun, anjing itu tidak berputus asa. Anjing itu terus membawa si kecil itu masuk ke dalam kotak.

Si ibu kucing pula hanya melihat. Mungkin ibu kucing ini keletihan menjaga lima ekor anak dan memerlukan ‘pengasuh’ untuk anak-anknya.Nampaknya anjing ter sebut adalah ‘pengasuh’ yang boleh dipercayai ketika itu.

Tonton video untuk lihat sendiri kebaikan anjing ini menjaga ‘anak-anak angkatnya’ dengan penuh kasih dan perhatian.

videoPlayerId=9ae0403ee

Ad will display in 09 seconds

Sumber: BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds