Kita sudah sedia maklum akan kesan stres terhadap tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup kita. Para pengkaji percaya bahawa dalam jangka masa panjang, kesan tekanan berupaya untuk terkumpul di beberapa kawasan tertentu di tubuh kita dan kita sering kali tersalah memberikan rawatan terhadapnya. Jadi, kami akan kongsikan kepada anda antara kesilapan yang sering kali dilakukan apabila menghadapi tekanan.
1. Leher dan bahu
Kredit: © Shutterstock.com
Tekanan boleh menyebabkan ketegangan pada otot leher dan bahu. Apabila kita tertekan, kita secara automatiknya akan mengangkat kedua-dua bahu dan gerakan ini sebenarnya mengetatkan otot leher dan bahu serta akhirnya, kita akan berasa lebih sakit.
2. Kepala
Kredit: © Depositphotos.com
Apabila kita tertekan, kita sering sakit kepala dan migrain. Ini merupakan hasil daripada tubuh membebaskan bahan kimia semasa tekanan. Kimia tersebut akan menjejaskan saraf dan salur darah di dalam otak yang menyebabkan sakit kepala.
3. Perut
Kredit: © Depositphotos.com
Perut kita akan bertindak balas secara pantas dengan tahap kesihatan mental. Tekanan juga berupaya untuk menjejaskan fungsi perut dan komposisi mikrob di dalam perut. Tekanan juga boleh menyebabkan badan menghasilkan asid pencernaan yang membawa kepada pedih ulu hati.
4. Belakang badan
Kredit: © Depositphotos.com
Saintis percaya bahawa kita sering kali menghadapi sakit belakang, sama seperti sakit kepala. Apabila kita tertekan, rutin, tingkah laku – cara bercakap, tidur, duduk akan menjejaskan otot tulang belakang. Apabila ia tegang, kita akan berasa sakit pada bahagian bawah belakang badan.
5. Rahang
Kredit: © Depositphotos.com
Pernahkah orang lain menegur anda menggigit gigi anda antara satu sama lain? Semuanya berpunca daripada tekanan. Otot utama rahang iaitu otot masseter mengalami ketegangan dan memaksa dahu bergerak daripada satu sisi ke sisi lain yang menjadi punca kepada kisaran gigi berlaku.
6. Kulit
Kredit: © Depositphotos.com
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan membebaskan hormon stres yang membuatkan kulit kita sensitif. Hormon itu juga akan mengaktifkan kalenjar kulit menyebabkan ia menghasilkan minyak berlebihan dan menyumbat pori seterusnya mengakibatkan jerawat dan isu kulit yang lain.
7. Pankreas
Kredit: © Depositphotos.com
Dalam tekanan yang kronik, badan mungkin akan menghantar mesej kepada pankreas untuk menghasilkan insulin berlebihan daripada yang diperlukan. Penghasilan secara berlebihan ini akan merosakkan saluran darah, menyebabkan peningkatan berat badan dan risiko kencing manis.
8. Sendi, tulang dan otot
Kredit: © Depositphotos.com
Kesakitan pada bahagian ini juga boleh berpunca daripada tekanan. Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara simptom depresi kepada kesakitan di seluruh badan. Doktor pada hari ini mengambil serius akan depresi, jadi segera berjumpa dengan pakar.
9. Jantung
Kredit: © Depositphotos.com
Tekanan daripada ‘kecederaan’ emosi juga berupaya meningkatkan tekanan darah dan boleh menjejaskan jantung. Banyak juga penyakit jantung berpunca daripada tekanan. Tekanan dalam jangka masa panjang boleh mengubah dengupan jantung seterusnya membawa kepada strok dan serangan jantung.
10. Sistem imunisasi
Kredit: © Depositphotos.com
Sistem imunisasi dapat membantu tubuh melawan virus dan bakteria. Apabila kita tertekan, tubuh akan membebaskan kimia yang mengganggu sistem imunisasi – mengurangkan tahap lymphocyte dalam titisan darah. Pendek kata, ia menyebabkan kita senang dijangkiti penyakit.
Jadi, sekiranya anda mengalami tekanan, anda dinasihatkan untuk :
Meditasi – Dapat membantu tubuh berasa lebih santai dan mengurangkan ketegangan selain dapat membaiki pernafasan. Pergi ke tempat yang tenang dan fokus kepada diri anda sendiri.
Urutan – Urutan profesional yang agak mudah juga dapat mengurang dan menghilangkan ketegangan fizikal yang anda rasai.
Senaman – Melaluinya, tubuh akan membebaskan endorfin – hormon gembira, semasa aktiviti fizikal.
Berjumpa pakar – Dapatkan nasihat dan rawatan pakar jika anda tidak mampu menanganinya tekanan (fizikal atau mental) sendiri.
Sumber: brightside
Maybe you're interested :
- Falun Gong mendapat sambutan baik oleh kakitangan perubatan di Seminar Kesedaran Kanser
- Mengapa kanak-kanak mudah jatuh sakit selepas pulang mandi-manda dari kolam renang? Ibu bapa perlu tahu dan berwaspada
- Mengagumkan! Inilah antara beribu-ribu gambar luar biasa yang mengambil bahagian dalam pertandingan foto National Geographic 2018