Seorang yang memiliki personaliti yang kental atau kuat biasanya dikaitkan dengan sikapnya yang berani dan berkeyakinan diri yang tinggi. Mereka menjadi golongan yang sentiasa mencipta trend dan tidak takut kepada peraturan dunia yang mengikat. Golongan ini biasanya mampu mencipta kehidupan yang lebih baik dengan menetapkan peraturan sendiri.

Golongan ini begitu berkarisma dan berkeyakinan tinggi. Mereka sentiasa mempunyai kisah sendiri untuk diceritakan dan tidak terpengaruh dengan kisah orang lain. Mereka ini sentiasa berani melakukan perkara yang orang lain tidak berani melakukan. Mereka akan meluahkan perasaan dengan mudah dan jarang berasa bersalah serta sentiasa menjadi diri sendiri. Mereka sering melakukan sesuatu perkara mengikut kata hati dengan menurut kesesuaian situasi.

Kredit : Essential Life Skills /Gambar Hiasan

Membentuk personaliti yang kuat dan menarik itu, bukannya datang dengan sendiri. Golongan ini sudah tentu pernah melalui pelbagai cabaran, dugaan dan kepayahan terlebih dahulu sebelum dapat membentuk personaliti yang kuat. Dengan tidak pernah berputus asa, golongan ini menjadikan kesukaran yang dihadapi sebagai satu sifat atau sikap membentuk peribadi positif.

8 sifat atau sikap yang mampu menjadikan seseorang ini memiliki personaliti yang kuat dan menarik adalah seperti berikut.

1. Memilih kawan dengan bijaksana.

Kredit : Kangdakup/ WordPress / Gambar Hiasan

Anda akan bersikap memilih apabila berkawan, kerana hanya mahu berkawan dengan mereka yang bersikap positif, terasa berbaloi dan mempunyai tujuan hidup. Anda menyedari dengan mempunyai ramai kawan, ia akan memberi makna yang semakin berkurangan. Hanya kawan yang berkualiti dan bersikap positif seperti anda akan mampu memberi sokongan dan membawa kejayaan kepada anda.

2. Tidak pernah mencuba untuk menarik perhatian orang lain.

Kredit : Today / Gambar Hiasan

Menjadikan diri itu disukai oleh orang lain bukan sifat anda. Bagi anda setiap orang itu unik dan tidak perlu memaksa orang lain untuk menyukai anda. Ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan selain sentiasa berusaha membuat orang lain menyukai anda. Anda menyukai diri sendiri dengan perasaan sayang, tetapi ia bukan dengan cara egotistik.

3. Tidak pernah mengharap dan meminta pengiktirafan serta keizinan orang lain.

Kredit : The Muse / Gambar Hiasan

Seorang yang berpesonaliti kuat dan kental akan menyedari keizinan hanya akan dilakukan oleh diri sendiri. Jika anda sering bergantung kepada orang lain dalam membuat keputusan, ia seperti menganggu kewujudan diri sendiri, sehingga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan.

4. Perbuatan yang tidak sensitif serta menunjukkan kebodohan akan membuat anda berasa meluat.

Kredit : Phychology Today / Gambar Hiasan

Secara semula jadi, anda merupakan seorang yang baik dan suka membantu orang sekeliling dan akan mempengaruhi mereka dengan pelbagai perkara yang baik dan bermanfaat. Akan tetapi, anda akan menjadi meluat apabila berhadapan dengan orang yang sempit pemikiran dan tidak sensitif. Bagi anda, golongan sebegini bertindak sedemikian rupa kerana mereka didorong perasaan takut dan iri hati. Dua sikap ini tiada dalam kamus hidup anda, dan apabila  berhadapan dengan golongan ini, dengan sendiri anda akan menjauhkan diri.

5. Hanya akan bercakap perkara berfaedah.

Anda sentiasa mahu memulakan perbualan yang memberi informasi dan menguji minda serta memupuk jiwa yang berkembang. Anda menyedari perbualan kecil dan tidak berfaedah hanya akan membuang masa. Jadi, sekiranya berada dalam kumpulan, anda akan memulakan perbualan dengan mengelak topik yang seharusnya diketepikan kerana tidak berfaedah.

Kredit : Jinitto / Gambar Hiasan

6. Seorang pendengar yang baik.

Anda menyedari dunia memerlukan ramai pendengar yang baik. Apabila seseorang itu mendengar, ia akan membawa kepada komunikasi dengan hala tujuan yang baru. Ia akan membuat seseorang itu lebih memahami seorang yang lain dengan lebih baik, serta akan membentuk satu ikatan di kalangan kumpulan yang terlibat. Apabila seseorang itu mendengar dengan baik , maka dia juga akan belajar.

7. Tiada masa untuk memberi alasan.

Kredit : Reader’s Digest / Gambar Hiasan

Anda sentiasa melakukan perkara penting untuk diselesaikan tanpa memberi apa-apa alasan. Anda suka berada bersama orang berjaya yang menceritakan kisah kejayaan mereka, tetapi akan menjauhkan diri dari berurusan dengan orang yang sentiasa memberi pelbagai alasan  mengapa mereka tidak boleh berjaya.

8. Seorang yang berani dan tidak takut mengharungi cabaran.

Kredit : LSB / Gambar Hiasan

Seorang yang berpersonaliti kuat dan berjiwa kental mempunyai sikap berani dan tidak takut menghadapi segala cabaran. Anda dilahirkan untuk meletakkan satu trend baru dan mengetuainya. Anda tidak suka kepada perbualan penuh gosip dan tiada makna dalam menyampaikan cadangan. Anda melihat kehidupan yang dilalui itu sebagai satu cabaran dan apa sahaja rintangan perlu diatasi sehingga menemui kejayaan.

Ketakutan orang lain membuat anda menjadi lebih berani, sehingga sebaliknya anda mempengaruhi mereka supaya lebih berkeyakinan dan menjadi berani dengan cara anda yang lembut serta penuh kasih sayang. Ini dilakukan menerusi penanaman sikap positif yang sentiasa anda amalkan dalam kehidupan seharian.

Sumber : Your Tango

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds