Di zaman serba moden ini, tekanan merupakan satu situasi yang dialami oleh setiap golongan tidak kira muda mahupun tua. Individu bekerja, bujang, pelajar sekolah, pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dan sebagainya akan mengalami tekanan hidup bergantung kepada situasi masing-masing.

Di Korea Selatan, para pelajar sekolah tinggi seringkali dibebani dengan tekanan terutamanya bagi mereka yang bakal mengambil peperiksaan kemasukan universiti. Setiap pelajar akan mengalami tekanan yang tinggi kerana keputusan peperiksaan berkenaan akan mencorak kehidupan mereka di kemudian hari.

Seluruh masyarakat Korea Selatan percaya bahawa kejayaan dalam peperiksaan tersebut akan menentukan masa depan yang lebih ceria dan menggembirakan.

Jadi, apabila ada seorang pelajar tahun tiga yang sedang menangis sendirian kerana bimbang dengan keputusan peperiksaan yang bakal diterima, beberapa individu tidak dikenali telah melakukan sesuatu yang sangat mengharukan dan ianya menjadi tular di Internet!

Dalam video berkenaan, pelajar sekolah yang sedang menangis teresak-esak itu telah merintih sambil meminta wanita yang duduk di sebelahnya untuk memberikan pelukan.

“Boleh awak peluk saya? Saya sangat letih! Peluk saya.”

Apabila diminta untuk dipeluk, wanita berkenaan yang pada awalnya kelihatan keliru terus memberikan pelukan. Dia bukan sahaja menunaikan permintaan pelajar itu, tetapi dia turut membelikan air bagi melegakan gadis berkenaan dan terus berada di sisinya sehingga ke akhir video.

Apa yang menakjubkan adalah, wanita ini langsung tidak pergi meninggalkan gadis itu keseorangan. Sebaliknya, dia tetap berusaha untuk memujuk dan memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang sedang bersedih itu.

Video berdurasi 3 minit 10 saat ini mendapat perhatian daripada ramai netizen yang amat memuji tindakan murni wanita-wanita ini. Sesungguhnya ramai yang tidak menyangka masih terdapat insan berhati mulia di dunia ini yang sanggup meluangkan masa mereka untuk menenangkan pelajar berkenaan.

Kebiasaannya, kita tidak akan menunjukkan sikap keprihatinan sedemikian rupa apabila melihat ada individu tidak dikenali sedang menangis sendirian. Sebaliknya, kita tidak akan mengendahkan mereka dan hanya berlalu pergi.

Paling baik pun, kita akan mendoakan agar individu itu tabah menghadapi dugaan tersebut tanpa melakukan sesuatu bagi menenangkan hatinya.

Dunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kita hanya perlu bersimpati dengan orang yang sedang dalam kesusahan dan saling memberikan dorongan untuk meneruskan hidup.

Tonton video di bawah:

Sumber: CocomyTwitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds