BRISBANE – Seorang wanita dan juga bekas penyelia ladang strawberi telah ditahan dan berdepan tujuh pertuduhan dengan dakwaan meletakkan jarum di dalam strawberi dengan bermotif dendam dan tindakan sabotaj.

My Ut Trinh, 50 tahun kekal dalam tahanan selepas Mahkamah Majistret Brisbane, Australia mengenepikan permohonan jaminan oleh peguam tertuduh. My Ut Trinh ditahan pada Ahad, 11 November, dua bulan selepas pihak berkuasa Queensland memberi amaran bungkusan buah strawberi Australia yang tercemar dengan jarum jahitan dan pin.

Kredit : ABC News

My Ut Trinh bekerja sebagai seorang penyelia di ladang strawberi Berry Licious tetapi peguamnya berkata tertuduh tidak melakukan kerja mengutip atau membungkus buah strawberi.

Mahkamah merakamkan percakapan dan dakwaan pendakwa raya bahawa wanita ini bertindak atas motif berasa sakit hati, berdendam dan tindakan mensabotaj. Majistret Christine Roney berkata, “Kes ini telah didorong oleh rasa sakit hati atau mahu membalas dendam. Tertuduh telah merancang selama beberapa bulan untuk meletak objek logam ke dalam buah-buahan.”

Pendakwa Raya Cheryl Tesch telah menyatakan bantahan terhadap jaminan yang dipohon tertuduh dengan alasan, terdapat “risiko kemungkinan saksi-saksi akan diganggu”, serta tertuduh patut ditahan di dalam penjara demi keselamatan dirinya. Ini kerana orang ramai mungkin akan mencarinya dan membuat hukuman sendiri.

Kredit : ABC News 

Walau bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan yang tertuduh menerima ancaman secara terus.

Tujuh pertuduhan telah dihadapkan ke atas My Ut Trinh bagi kesalahan mencemar bahan keperluan dan makanan dengan niat untuk menyebabkan kerugian kepada ekonomi. Hukuman biasa membawa hukuman penalti dan penjara maksima 3 tahun.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa berpendapat kes ini membawa ‘mudarat dan keburukan’ dan ini bermakna hukuman penjara akan ditambah kepada maksima sehingga 10 tahun atau lebih.

Mahkamah mendengar terdapat bukti DNA tertuduh yang ditemui dalam salah satu bungkusan strawberi yang diambil di Victoria yang merupakan bukti terpenting. Superintenden Jon Wacker dari Kumpulan Unit Jenayah Berat dan Dadah Queensland berkata,” Penyiasatan belum lagi selesai dan bukti DNA merupakan salah satu bukti penting yang akan diserahkan kepada mahkamah”

Kredit : BBC News

Pencemaran jarum di dalam strawberi telah menular dari Queensland sehingga ke seluruh Australia. Menurut Superintenden Wacker terdapat 186 laporan pencemaran jarum jahitan di dalam strawberi telah diterima dan 77 daripadanya dilaporkan di Queensland. 15 laporan adalah palsu dan 68 jenama strawberi telah menerima kesan ekonomi dengan 49 daripadanya terdapat di Queensland.

Pencemaran jarum di dalam strawberi telah mengakibatkan semua pasaraya di Australia terpaksa mengosongkan rak dan membuang bertan-tan buah strawberi ketika musim menuai. Industri tanaman strawberi Australia mengalami kerugian berjuta ringgit ekoran pencemaran buah strawberi berjarum. Queensland sahaja meraih pendapatan RM483 juta setahun dalam industri strawberi.

Sumber : ABC News , BBC 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds