Semasa kecil, kita beranggapan apabila dewasa, kita akan berpeluang melakukan pelbagai perkara yang kita sukai serta akan dapat merealisasikan impian atau cita-cita sendiri. Akan tetapi, dalam proses ke arah itu, kebanyakan orang di sekeliling akan campur tangan dalam kehidupan kita dengan harapan kita akan menjadi seperti mereka atau memenuhi kehendak mereka.

Di bawah adalah 9 penerapan palsu dalam masyarakat moden terkini yang memaksa kita untuk mengikutinya, membuat kita menjadi keliru sehingga menjadi seperti mana orang lain.

#1. “Seorang yang berjaya seharusnya memiliki kereta, sebuah rumah dan telefon iPhone terkini.”

Masyarakat kini secara aktif mempromosikan gaya hidup mewah menerusi kepenggunaan, membeli gajet baru, memakai minyak wangi mewah atau memasak di atas kuali tidak melekat. Anak-anak kita juga diajar untuk mendapatkan permainan baru yang mewah. Tidak kira anda akan berlapar selama 6 bulan, setahun atau bertahun-tahun asalkan anda mendapat iPhone terkini, kereta atau gajet lain yang mewah.

#2. “Mengapa pula saya perlu berasa rendah diri kepada seorang selebriti?”

Hari ini, menjadi satu fenomena apabila orang biasa membentuk satu kumpulan untuk meniru gaya artis atau selebriti yang sememangnya sudah biasa hidup bermewah kerana mereka sememangnya mampu kerana memiliki wang yang banyak. Masalahnya nilai palsu dan hidup berpura-pura ini turut diterapkan kepada semua termasuk golongan kurang berada yang tinggal di luar bandar.

Golongan biasa ini juga didorong untuk menyimpan impian bercuti di Maldives atau mendapatkan pembedahan kosmetik untuk menjadi cantik seperti selebriti. Keadaan ini akan mendatangkan masalah sikap berasa rendah diri jika tidak dapat mencapai sesuatu seperti mana seorang selebriti itu boleh mencapainya.

#3. “Saya tidak boleh hidup tanpa Instagram.”

Situasi di sini amat mudah, foto yang cantik dengan orang dan pemandangan latar belakangnya di media sosial akan menampakkan kejayaan seseorang itu walaupun pada hakikatnya ia hanya satu pembohongan. Mereka mungkin mengambil foto di mana-mana tempat yang cantik di belakang rumah atau menyunting foto itu tanpa pergi bercuti.

Ahli psikologi berpendapat mereka yang suka menunjuk diri mereka hebat dan mewah walhal tidak berkemampuan cenderung mengalami masalah mental narsissisme atau mengagumi diri sendiri, sementara para netizen yang melihat akaun media sosial itu pula mungkin akan berasa iri hati sehingga boleh membawa kepada masalah kemurungan.

#4. “Saya berusaha sedaya upaya untuk menjadi ibu yang baik”

Moto ibu zaman terkini ialah jika anda tidak berasa letih, anda bukan seorang ibu. Hari ini terdapat pelbagai cadangan yang disiarkan di dalam majalah terkenal dan laman media sosial yang mengajar cara bagaimana membesar dan mendidik anak-anak, serta menjadi ibu atau bapa yang sempurna.

Oleh kerana terlalu ingin menjadi seorang ibu yang sempurna, ramai ibu masa kini berakhir dengan mengalami masalah tiada masa untuk diri sendiri. Ahli psikologi dan para guru juga menyatakan kebimbangan dengan berkata kanak-kanak kini tidak pandai membuat keputusan sendiri atau menumpu kepada pelajaran akibat ditekan ibu bapa yang bersikap terlalu melindungi dan mahu menjadi terbaik.

#5. “Amat memalukan sekiranya anak-anak menjadi tukang masak atau tukang jahit.”

Sejak kebelakangan ini, golongan masyarakat cenderung untuk membentuk kelompok mereka dengan mengenakan peraturan iaitu tanpa pendidikan tinggi, seseorang itu tergolong dalam kasta rendah, sementara apabila seseorang itu memiliki ijazah, pintu segala keunggulan itu akan terbuka luas.

Akibatnya, ramai antara kita bersikap mengenepikan kerja mudah dan kerja kasar dengan mengatakan ia hanya untuk golongan rendah. Maka ramai yang tidak mahu menjadi juruteknik, tukang jahit atau tukang masak. Dan muncul standard dalam pemikiran, keluarga seorang doktor itu patut tergolong dalam golongan profesional seperti doktor, peguam dan akauntan dan mereka perlu mengenepikan impian menjadi tukang gunting.

#6. “Saya perlu segera menjadi seorang jutawan.”

Kebanyakan anak muda yang baru menghabiskan pengajian dan akan memasuki pasaran pekerjaan, sudah berasa diri mereka mampu menjadi seorang yang berjaya dengan cepat dan mudah. Mereka mudah terpengaruh mendengar cakap-cakap orang yang lebih berpengalaman dengan berkata bekerja dengan orang lain itu amat sukar dan menasihatkan untuk bekerja dengan bebas.

Akibatnya, ramai yang melompat kerja tanpa menjadi mahir dalam pekerjaan yang dilakukan, kerana berimpian menemui pekerjaan yang akan menjadikan mereka memperolehi kekayaan dan kejayaan dengan cepat tanpa menempuh pengalaman yang sukar.

#7. “Dua jam di hadapan cermin dan solekan semulajadi anda akan menjadi sempurna…”

Trend masa kini menjadikan kecantikan semulajadi menjadi perhatian dan dikagumi ramai. Dan solekan juga perlu kelihatan semulajadi. Masalahnya adakah dengan bersolek tebal itu menjadikan wajah seseorang kelihatan berupa semulajadi melainkan tidak bersolek sama sekali dan masih nampak cantik?

Untuk membentuk ‘wajah semulajadi’ menjadi ‘semulajadi’ memerlukan kepakaran seperti pakar solekan yang kini kerap muncul di dalam program kecantikan di televisyen dan media sosial memberi tips mendapatkan ‘solekan semulajadi’. Bagi yang terikut-ikut dengan trend ini, akan berasa malu dengan wajah semulajadi mereka sendiri, lalu menghabiskan masa berharga selama berjam-jam di hadapan cermin semata-mata untuk kelihatan ‘cantik secara semulajadi’.

#8.”Ke mana saya perlu bercuti dan mengembara pada tahun ini?”

Amat memalukan untuk anda menjawab pertanyaan orang lain dengan mengatakan anda tidak pernah ke mana-mana, tidak pernah mengembara ke negara lain di dunia dan menikmati kehidupan.

Menjadi trend terkini, walaupun anda tidak berkemampuan, anda masih boleh mengembara ke negara lain. Kuasa Instagram dan media sosial lain membuat ramai yang berlumba-lumba menonjolkan diri dengan siapa yang paling banyak mengembara atau pernah ke tempat percutian terkenal di dunia seperti ke Perancis, India atau Itali, sehingga menghabiskan percutian mewah di Maldives.

#9. “Apa yang penting hanya keselesaan diri sendiri. Masalah orang lain, saya tidak peduli dan tiada kaitan.”

Bayangkan tiba-tiba anda terjatuh dan tercedera di jalanan. Dan bagaimana reaksi orang sekeliling yang lalu-lalang. Kebanyakan mereka akan melalui dan melihat sahaja tanpa membantu. Dan ada pula yang merakamkan dengan telefon bimbit insiden anda terjatuh, dan kebetulan ada seorang yang prihatin membantu lalu perakam ini memuat naiknya di media sosial.

Orang yang membantu ini sama ada akan dipuji atau dikritik kerana membuang masa membantu orang lain, sementara kita yang lain tidak kisah akan perasaan orang lain kerana mementingkan diri sendiri. Trend terkini dengan nilai palsu ialah kebanyakan dari kita cenderung melihat aksi dan reaksi orang lain serta memberi komen, tanpa memikirkan untuk menjaga sensitiviti dan perasaan orang lain.

Adakah anda bersetuju dengan senarai penerapan nilai palsu dunia moden yang kini semakin menjadi ikutan yang akan memudaratkan diri anda ini? Berikan komen.

Illustrasi oleh Natalia Breeva/ BrightSide.me

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds