Kadangkala terdapat situasi teruja dan gembira yang datang secara tiba-tiba seperti bertemu aktor kesayangan, menerima kejutan sambutan hari jadi atau disahkan pulih daripada penyakit, membuat seseorang berasa amat gembira dan bertuah, dan mahu berkongsinya bersama dunia.

Di bawah adalah 10 foto saat teruja dan gembira diambil secara spontan membuat hati terasa hangat di dalam.

#1. Seorang datuk berusia 74 tahun yang uzur berasa amat teruja apabila berpeluang menaiki roller coaster bersama cucu perempuan kesayangan.

Kredit :  foreveralonehappy / imgur

#2. Ibu ini begitu sibuk mengurus dan menyara keluarganya sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Hari ini, beg tangan mewah itu akhirnya dapat dibeli dan dia berasa amat gembira.

Kredit :  imsoill / reddit

#3. Gadis ini bertemu David Hasselhoff secara tidak sengaja di Glasgow dan berasa amat teruja kerana tidak sangka bintang Knight Rider dan Baywatch sedang menolak kerusi rodanya.

Kredit :  ireallylovemydogand / reddit

#4. Pertama kali dapat menunjukkan hasil ukiran kayu burung hantu yang dipelajari daripada bapa sendiri. Bapa mana yang tidak berbangga!

Kredit :  BerkshireMtnSculptor / reddit

#5. Selepas 5 tahun mencuba, akhirnya!

Kredit :  Ivelostcountofhowmanytimesivebeenbanned / imgur

#6. Walaupun rumahnya kecil dan sederhana, pasangan suami isteri ini amat teruja dan gembira kerana akhirnya dapat membeli dan memiliki rumah sendiri.

Kredit :  brainsonfire / imgur

#7. Kejutan lamaran di French Polynesia, siapa yang tidak gembira…

Kredit :  bunnymamallama / reddit

#8. Pada hari pertama anjing comel ini diambil pemilik baru.

Kredit : shes-wandering / reddit

#9. Pesara ini melakukan perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki bas yang sama selama 5 tahun. Pada hari terakhir dia bekerja, para penumpang dan pemandu bas ini memberinya kejutan parti perpisahan. 

Kredit :  unknown author / imgur

#10. Selama 15 tahun selepas kematian anak lelaki, ini adalah pertama kali seorang anak melihat bapanya berasa sangat gembira mendapat hasil memelihara lebah madu.

Kredit :  JohnDeCaux / imgur

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds