Seorang kanak-kanak dari Kemboja bertutur dalam pelbagai bahasa dengan sangat lancar untuk memujuk pelancong agar membeli cenderahati yang dijual olehnya dan menyanyikan lagu bertajuk “Wo Men Bu Yi Yang” untuk menarik perhatian pelancong.

Kredit: ivanho2723/YouTube

Menurut video yang telah diterjemahkan oleh The Star TV, kanak-kanak ini berkebolehan dalam bertutur dalam lapan jenis bahasa, termasuklah Bahasa Cina, Korea, Inggeris, Perancis, Jepun, Thailand, Jerman dan Melayu. Bukan itu sahaja, kanak-kanak ini juga boleh menyanyikan lagu dalam Bahasa Mandarin untuk menarik minat pelanggannya.

Video ini pertama kali dimuat naik pada 9 November yang lalu dan telah mendapat perhatian ramai. Usaha kanak-kanak ini yang bersungguh-sungguh mempelajari bahasa asing melalui para pelancong yang ditemui membuatkannya mampu bertutur dengan lancar.

Kredit: ivanho2723/YouTube

Kanak-kanak ini pastinya mempelajari bahasa asing demi menyara kehidupannya dan menampung perbelanjaan sekolahnya. Dia perlu menarik perhatian para pelancong untuk membeli cenderahati yang dijualnya dia dalam bakul yang dibawa bersama dengannya.

Kredit: ivanho2723/YouTube

Oleh kerana melihat pelancong yang merakam dirinya itu seperti tidak berminat untuk membeli cenderahati yang dijual olehnya, maka dia segera menyanyikan sebuah lagu dalam Bahasa Cina semata-mata untuk memujuk pelancong itu. Bukan itu sahaja, dia juga turut mengolah lirik dalam lagu “Wo Men Bu Yi Yang” itu yang menyatakan bait lagu “Kami ada di sini, menjual barang kepada kamu”, dan akhirnya kanak-kanak itu berjaya membuatkan pelancong itu berasa kagum dan membeli cenderahati daripadanya.

Kredit: ivanho2723/YouTube

Saksikan sendiri kebijaksanaan kanak-kanak ini dalam bertutur pelbagai bahasa dengan sangat lancar. Kami pasti anda juga akan turut sama kagum dengan kebolehannya.

Kredit: ivanho2723/YouTube

Sumber: Oriental Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds