Seorang penunggang basikal profesional dari Perancis bernama Francois Gissy telah berjaya memecahkan rekod pecutan basikal roket terpantas di dunia dengan catatan masa 263 kilometer sejam pada bulan Mei tahun lalu. Kini, beliau akan menunggang basikal roket sekali lagi untuk mencabar kereta Ferrari. Tiada siapa yang akan menjangka basikal roket akan mencatat rekod terpantas dengan catatan masa mengejutkan yang tidak dapat dikejar oleh kereta Ferrari.

Francois Gissy akan menunggang basikal roket dengan memecahkan rekod catatan masa 263 kilometer sejam yang telah dibuat olehnya pada tahun lalu.

Kredit : rocketman340 /YouTube

Basikal roket akan dicabar oleh kereta sport Ferrari di permulaan litar.

Kredit : rocketman340 /YouTube

Dalam masa 5 saat, basikal roket memecut sehingga 333 kilometer sejam. Roket basikal yang direka cipta oleh sebuah syarikat dari Switzerland, Exotic Thermal Engineering, membolehkan basikal memecut dengan sangat pantas.

Kredit : rocketman340 / YouTube

Francois Gissy mencatat rekod pecutan terbaru memecahkan rekod terpantas yang dibuatnya pada tahun lalu.

Kredit : rocketman340 / YouTube

Roket basikal memecut amat pantas dengan serta-merta apabila enjin roket dipicu, meninggalkan kereta sport Ferrari yang jauh ke belakang.

Kredit : rocketman340 / YouTube

Bagaimana basikal ini akan membrek kerana terlalu laju? Sudah pasti ada caranya dan keseluruhan perlumbaan ini dipantau oleh golongan profesional.

Kredit : rocketman340/ YouTube

Jangan pula anda meniru aksi ini di rumah, kerana merasakan basikal boleh mengalahkan Ferrrari.

Lihat video pecutan hebat basikal roket Francois Gissy mengalahkan Ferrari di bawah.

Sumber : rocketman340 / YouTube ,  Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds