Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza? Kehebatan vokal beliau yang lantang dan merdu bak buluh perindu itu membuatkan nama Siti Nurhaliza masih lagi relevan sehingga ke hari ini.

Kredit: Geng Joyah

Terbaru, menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram beliau iaitu @ctdk, majoriti peminat amat memuji tindakan penyanyi tersohor itu ketika membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan sambil mendukung cucunya, Arif Jiwa Asyraf.

“Bila Umiti (nama panggilan Siti Nurhaliza) menyanyi bagi pengantin #firstdance, @arifjiwaasyraf pun minta naik pentas nak menari dengan Umiti… Nasib Aafiyah belum pandai jalan”.

Video berkenaan mendapat reaksi yang padu daripada netizen di mana majoritinya amat memuji vokal penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu Celine Dion berjudul ‘A New Day Has Come’ meskipun dalam keadaan sedang mendukung cucu.

Selain netizen, segelintir rakan artis turut memuji kehebatan vokal dan kebolehan yang dimiliki penyanyi itu.

Kredit: Gempak

Hebat! Tidak hairanlah mengapa beliau masih lagi relevan di dalam dunia seni ini dan semua lagu-lagu nyanyian lagu masih bertakhta di hati para peminat.

Sumber: Astro AwaniGempak

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds