Dunia ini memang kejam dan penuh dengan kepura-puraan namun tidak dinafikan, masih terdapat ramai insan berhati mulia yang mampu mengubah dunia ini menjadi jauh lebih baik daripada apa yang kita sangkakan.

Selain manusia, haiwan juga memiliki hati dan perasaan yang suci murni serta tidak pernah membezakan antara satu sama lain.

Dalam artikel ini, anda akan tersentuh apabila melihat seekor itik yang sangat prihatin apabila menyaksikan ada anak anjing yang menggigil kesejukan di tepi jalan…

Anak anjing itu dipercayai telah ditinggalkan oleh ibunya di tepi jalan sebaik sahaja dilahirkan. Memandangkan keadaan pada ketika itu agak sejuk, anak anjing ini kelihatan menggigil kesejukan dan mungkin akan mati sekiranya tidak ditempatkan ke kawasan yang selamat dan selesa dalam kadar segera.

Bagaimanapun, keadaan anak anjing yang malang itu telah disedari oleh seekor itik. Dengan serta-merta, itik berkenaan telah mengepakkan sayapnya dan terus ‘menyelimuti’ anak anjing yang kesejukan itu.

Peristiwa ini telah tersebar secara meluas ke internet dan membuatkan ramai yang terharu melihat situasi menyentuh hati ini.

Menurut seorang netizen yang memuat naik gambar berkenaan, dia menyangkakan itik itu cuba untuk menyerang anak anjing berkenaan. Akan tetapi, sangkaannya salah sama sekali.

Sebaik sahaja berada dalam keadaan selesa, anak anjing ini nampaknya terus tertidur di dalam dakapan hangat si itik yang penyayang. Siapa sangka mungkin pada masa hadapan, anjing dan itik ini boleh menjadi rakan baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ini bukan kali pertama itik dan anjing dilihat mengongsikan detik indah bersama. Terdapat banyak peristiwa menarik memaparkan bagaimana itik dan anjing boleh menjadi sahabat terbaik dan menghabiskan masa bersama-sama.

Lihat video di bawah menunjukkan itik comel yang enggan berpisah dengan sahabat anjingnya:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds