Pasangan kembar secara lahiriahnya memiliki ikatan yang utuh antara satu sama lain. Pasti ramai orang di luar sana yang tahu pasangan kembar mempunyai kebersamaan lebih-lebih lagi dalam aspek emosi. Mereka seperti dapat merasai perasaan yang sama. Unik sungguh, bukan?

Menurut laman web Modern Mom, kadar kelahiran anak kembar pada hari ini telah meningkat. Hal ini berbeza dengan tahun 1980-an di mana hanya 1 daripada 53 orang bayi yang dilahirkan adalah kembar di Amerika Syarikat.

Pada tahun 2009, bacaan tersebut berubah kepada 1 daripada 30 orang bayi, mencatatkan peningkatan sebanyak 76%. Faktor peningkatan ini dapat disumbangkan oleh perubatan moden dan rawatan kesuburan seperti IVF. Dan tahukah anda, sebanyak 62% bayi kembar di dunia dilahirkan oleh para ibu yang berusia 30 tahun ke atas?

Seperti yang telah dikatakan tadi, bayi kembar berupaya untuk mencipta ‘bahasa’ yang hanya difahami oleh mereka sahaja. Percakapan antara kembar ini dikenali sebagai idioglossia’ atau ‘cryptophasia’.

Di Brazil, Dr. Rodrigo da Rosa Filho merupakan pakar kesuburan yang memiliki kefahaman terhadap ikatan istimewa antara pasangan kembar seperti rakaman video yang telah dikongsikan oleh beliau ini. Rakaman pendek ini menunjukkan pasangan kembar berkenaan menangis kerana mereka baru sahaja dilahirkan. Semuanya tampak seperti biasa sahaja.

Tetapi, selepas itu anda dapat lihat mereka diletakkan bersama dan tidak lama kemudian tangisan mereka terhenti setelah mereka ‘berhubung’ antara satu sama lain. Ya, mereka berpelukan sesama sendiri. Dengan hanya berpelukan, dalam sekelip mata mereka berhenti menangis. Mudah sungguh!

Difahamkan juga mereka tidak akan berhenti menangis jika tidak bersentuhan dengan pasangan kembar mereka. Ia mungkin disebabkan oleh mereka telah menghabiskan masa bersama di dalam rahim. Apa kata anda lihat rakaman video mereka ini di bawah:

 

View this post on Instagram

 

No choro e na alegria, sempre juntos! Por isso amo gêmeos!! #gemeos #vamospovoaromundo

A post shared by Rodrigo da Rosa Filho (@dr.rodrigorosa) on

Sumber: Happiest, dr.rodrigorosa/Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds