Dengan populasi kira-kira 400, Elkmont, Alabama tidak mempunyai ramai orang asing. Kebanyakan penduduk di situ saling mengenali antara satu sama lain, dan ramai yang mengenali Ludivine the Bloodhound, yang sering berkeliaran di pekan itu.

Pada satu pagi, terdapat acara separuh maraton di Elkmont. Pemilik Ludivine, April Hamlin membiarkannya bermain di luar rumah sebelum Ludivine melarikan diri dari halaman rumah dan menyertai peserta maraton di barisan permulaan perlumbaan. Apabila pistol ditembak tanda perlumbaan bermula, Ludivine turut berlari bersama.

Kredit: Elkmont Half Marathon/Facebook

Tim Horvath, yang kebanyakan berlari dalam perlumbaan itu bersama Ludivine, memberitahu Runner’s World:

Saya melihatnya buat kali pertama di tempat letak kereta sebelum perlumbaan. Ludivine datang kepada saya, dan saya mengusap kepalanya. Saya melihat Ludivine memakai kolar, jadi saya fikir Ludivine adalah anjing seseorang. Elkmont adalah sebuah bandar kecil di mana semua orang mengenali anatara satu sama lain, jadi Ludivine tidak menyerang saya.

Ludivine meneruskan perlumbaan sepanjang 13.1 batu, Ludivine akan hilang fokus apabila perkara lain menarik perhatiannya, seperti melawat lembu-lembu yang berdekatan, tetapi akan kembali meneruskan perlumbaan bersama para pelari. “Ludivine mesra dan ramah, saya tidak percaya Ludivine akan berlari keseluruhan perlumbaan kerana Ludivine sebenarnya pemalas,” kata Hamlin.

Kredit: Beck256/Reddit

Ludivine akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ketujuh (keputusan tidak rasmi). Tetapi sukarelawan perlumbaan berpendapat bahawa Ludivine sepatutnya mendapat sesuatu untuk usahanya: Ludivine dianugerahkan dengan pingatnya sendiri untuk meraikan kemenangan.

Kredit: Elkmont Half Marathon/Facebook

Daripada semua yang berlaku pagi itu, yang paling mengejutkan adalah bahawa Hamlin tidak tahu apa yang anjingnya telah lakukan pada pagi itu sehingga dia menerima mesej daripada orang di perlumbaan itu. “Reaksi pertama saya ialah saya malu dan bimbang Ludivine mungkin berlari bersama pelari lain,” katanya. Tetapi, kehadiran Ludivine sebenarnya telah mengukir senyuman dan memberi semangat kepada pelari lain.

Kredit: Werunhuntsville/Gregg Gelmis

Hamlin juga tahu bahawa ini adalah maraton separuh pertama dianjurkan di Elkmont, yang dianjurkan oleh ibu bapa yang anak-anaknya mahu mengumpul dana untuk menyertai acara merentas desa sekolah. Hamlin teruja bahawa Ludivine membuat kesan yang begitu besar:

Mereka mahu mencuba dan mengumpul dana kerana sekolah mereka tidak memiliki cukup dana untuk menghantar pelajarnya menyertai acara merentas desa. Kerana Ludivine, mereka mendapat banyak publisiti, dan saya rasa itu adalah bahagian yang terbaik.

165 pelari melengkapkan perlumbaan, tidak termasuk Ludivine, menurut Running Magazine. Hasil yang diperoleh akan disalurkan Elkmont High School untuk “membeli peralatan latihan dan yuran perlumbaan untuk pelajar.”

Dan inilah keadaan Ludivine selepas perlumbaan, Ludivine kelihatan sangat penat sehingga tertidur bersama pingatnya:

Kredit: c/o April Hamlin

Sumber:  BarkPost

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds