Pada petang ini  Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP Kuala LumpurNegeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

Menurut ramalan cuaca negeri yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di laman web rasminya, ribut petir akan berlarutan di beberapa negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ribut petir dijangka berlarutan sehingga hari Khamis, 15 November 2018.

 

Di negeri Perak dan Pahang pula, hujan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Rujuk laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mengetahui ramalan cuaca di tempat anda supaya mudah untuk anda merancang segala aktiviti anda.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds