Kesedaran orang ramai semakin meningkat apabila mengetahui penggunaan walau sehelai plastik mampu memudaratkan kesihatan dan alam sekitar. Salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan plastik di Malaysia ialah dengan mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di premis makanan. Kerajaan Persekutaan sudah menyatakan cadangan untuk mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik menjelang tahun 2020, dan kerajaan Selangor akan mengikut langkah tersebut apabila akan melarang penggunaannya bermula 1 Januari 2019.

Kredit : Malay Mail

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian telah mengumumkan perkara ini dengan berkata Kerajaan Selangor akan mula melarang penyediaan penyedut minuman plastik di semua kedai dan premis makanan bermula 1 Januari 2019.

Hee Loy Sian menjelaskan langkah itu akan dilaksanakan sebagai usaha kerajaan memelihara alam sekitar dan mengurangkan pencemaran alam yang disebabkan oleh penggunaan barangan plastik.

Tambahnya, “Premis kedai, restoran dan gerai makanan tidak lagi dibenarkan secara automatik membekalkan penyedut minuman plastik kepada pelanggan dan mereka hanya boleh memintanya sekira terdapat keperluan tertentu sahaja.”

Kredit : Selangorkini

Para pelanggan di premis makanan yang tidak mengikut peraturan baru ini akan diberikan amaran. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan sebelum ini berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil bermula tahun 2020 selepas semua pengguna terutama para peniaga diberi kesedaran mengenai bahaya penggunaan berasaskan plastik.

Hee Loy Sian juga memaklumkan bahawa kutipan caj 20 sen bagi bayaran beg plastik di kedai dan restoran juga akan dikenakan bermula 1 Januari 2019.

Kredit : Iluminasi

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengutip caj ini dan wang yang dikumpul akan digunakan bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Jelas Hee, “Kerajaan Selangor ingin memastikan kutipan 20 sen ini dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan oleh kerana ia akan bermula pada tahun hadapan, pihak PBT akan melaksanakan kerja-kerja kutipan. Hasil kutipan akan digunakan untuk tujuan kempen kesedaran di peringkat akar umbi bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar.”

Sumber : World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds