Menurut kajian yang dibentangkan dalam United European Gastroenterology (UEG) Week ke-26 di Vienna, Austria telah mendedahkan penemuan mikroplastik di dalam rantaian makanan manusia sebagai zarah ‘polypropylene’ (PP), ‘polyethylene-terephthalate‘ (PET) dan lain-lain dalam najis manusia.

Pasukan penyelidik dari Universiti Perubatan Vienna dan Agensi Alam Sekitar Austria telah memantau satu kumpulan peserta dari negara-negara di seluruh dunia seperti Finland, Itali, Jepun, Netherlands, Poland, Rusia, United Kingdom dan Austria. Hasil keputusan menunjukkan bahawa setiap sampel najis yang diuji positif mengandungi kehadiran mikroplastik dan sehingga sembilan jenis plastik yang berbeza telah dikenal pasti.

Kredit : deportesuninter / Gambar Hiasan

Mikroplastik adalah zarah kecil plastik berukuran kurang daripada 5mm dan digunakan dalam pelbagai produk untuk tujuan spesifik, serta dicipta secara tidak sengaja dengan memecahkan kepingan plastik yang lebih besar melalui cuaca, degrasi, haus dan koyakan.

Mikroplastik boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia melalui saluran gastrousus (GI) yang mana ia boleh menjejaskan toleransi dan tindak balas imun usus oleh biokumulasi atau membantu penghantaran bahan kimia toksik dan patogen.

Kredit : National Geographic

Kajian perintis telah dijalankan terhadap lapan peserta dari seluruh dunia. Setiap orang menyimpan diari makanan pada minggu yang membawa kepada pensampelan najis. Diari harian menunjukkan bahawa semua peserta terdedah kepada plastik akibat memakan makanan yang dibungkus dengan plastik atau meminum dari botol plastik. Tiada seorang peserta yang vegetarian atau hanya memakan sayur. Enam orang daripada mereka memakan makanan laut.

Agensi Alam Sekitar di Austria menguji sampel najis untuk 10 jenis plastik yang berbeza. Mereka mendapati sembilan daripadanya, yang paling biasa iaitu PET dan PP yang merupakan komponen biasa menjadi pembungkus makanan plastik dan pakaian sintetik.

 

Kredit : umweltbundesamt

Dari segi kuantiti, para penyelidik mendapati 20 zarah mikroplastik setiap 10 gram najis, yang berbeza saiz dalam lingkungan dari 50 hingga 500 mikrometer. Sebagai perbandingan, rambut manusia itu adalah kira-kira 100 mikrometer tebal.

Ketua penyelidik, Dr Philipp Schwabl yang membentangkan kajian ini berkata penemuan tersebut merupakan kajian pertama dan mengesahkan apa yang telah disyaki buat sekian lama iaitu plastik akhirnya akan mencapai ke dalam usus manusia. Kebimbangan ini dikhususkan kepada para pesakit yang mengalami penyakit gastrousus.

Kredit : Republika / Gambar Hiasan

Walaupun kepekatan plastik tertinggi menerusi kajian terhadap haiwan ditemui dalam najis, zarah mikroplastik terkecil mampu memasuki aliran darah, sistem limfa dan juga hati.

Oleh kerana kewujudan mikroplastik telah dibuktikan berada dalam sistem badan manusia melalui penemuan pertama ini, penyelidikan lebih lanjut diperlukan bagi menunjuk dan membuktikan sejauh mana ia akan lebih memudaratkan kesihatan manusia.

Sumber : Hello Doktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds