Pada 7 November lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali telah mengumumkan mengenai sistem pembaharuan pasport secara atas talian jabatan berkenaan yang kurang digunakan oleh orang awam.

Memetik laporan daripada Bernama, Mustafar memaklumkan bahawa sejak sistem ‘My Online Passport‘ dilancarkan oleh jabatan imigresen kira-kira dua tahun lalu, hanya sebanyak 9178 permohonan sahaja telah dilakukan melalui sistem berkenaan.

Kredit: Yusof Mat Isa/Malay Mail

Sedangkan sistem ‘My Online Passport‘ ini merupakan satu cara yang sangat mudah dan tidak memerlukan pemohon untuk beratur panjang di kaunter bagi tujuan memperbaharui pasport masing-masing.

Malah, pemohon juga boleh memilih cawangan terdekat untuk mengambil pasport mereka dan kaedah pembayaran yang ditetapkan menerusi sistem ini adalah dengan menggunakan kad kredit ataupun debit.

Berikut merupakan apa yang perlu anda ketahui untuk menggunakan sistem atas talian ini:

#1 Siapa yang boleh memperbaharui pasport melalui perkhidmatan ini?

Kredit: My Online Passport/Immigration Department of Malaysia

Untuk menggunakan perkhidmatan secara atas talian ini, pemohon perlulah mencapai usia 13 tahun ke atas dan sudah pun menjadi pemegang pasport (pasport bercip). Bagi pemohon berusia di antara 13 hingga 17 tahun, penjaga yang sah dan telah diberikan kebenaran dalam permohonan sebelumnya perlu membuat permohonan melalui sistem ini.

#2 Gambar pasport

Kredit: My Online Passport/Immigration Department of Malaysia

Gambar pasport haruslah dimuat naik ke dalam sistem semasa proses permohonan. Berikut merupakan ketetapan untuk gambar pasport yang sah:

  • Bersaiz 50mm x 35mm (tinggi x lebar)
  • Pastikan ada ruang 10mm di antara kepala anda dengan bahagian atas bingkai gambar dan ruang 10mm di antara dagu dengan bahagian bawah bingkai gambar
  • Latar belakang haruslah berwarna putih
  • Pakaian harus berwarna gelap. Jika memakai penutup kepala (tudung), sebaiknya pakai yang berwarna hitam

#3 Adakah pasport ini boleh diambil di mana-mana pejabat imigresen?

Kredit: My Online Passport/Immigration Department of Malaysia

Jawapannya tidak. Hanya terdapat 36 lokasi terpilih untuk mengambil pasport anda seperti yang tersenarai dalam gambar di atas.

#4 Yuran dan pembayaran

Kredit: Berita Daily

Yuran yang dikenakan bagi pembaharuan pasport adalah sebanyak RM200 bagi pemohon yang berusia 13 hingga 59 tahun dan RM100 bagi warga emas.

Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau kad debit. Resit bersama-sama dengan tarikh dan masa untuk mengambil pasport akan diberikan selepas pembayaran dibuat.

#5 Apa yang perlu dibawa semasa mengambil pasport?

Kredit: The Malaysian Insight

Tiga perkara yang perlu anda bawa bersama iaitu:

  • Kad pengenalan
  • Pasport lama
  • Resit pembayaran

Perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh meminta wakil untuk mengambil pasport bagi pihak anda. Bagi pemohon berusia 17 tahun ke bawah, penjaga perlu hadir bersama untuk mengambil pasport tersebut.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds