Ahli seni berasal dari Romania, Adrian Borda bukanlah seorang ahli muzik ataupun mahir bermain alatan muzik. Tetapi, ia tidak menjadi penghalang untuknya melakukan sesuatu yang dapat memukau kita menggunakan alatan muzik.

Sebagai individu yang suka mencuba sesuatu yang baru, beliau mahu berkongsi pandangan daripada sisi dalam alatan muzik. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana irama muzik boleh terhasil melaluinya bukan?

Adrian menetap di Reghin, Romania, yang juga terkenal dengan jolokan bandar violin. Kebanyakan violin di negara berkenaan dibuat di sana, Adrian juga merupakan pelukis yang banyak menghasilkan lukisan berasaskan tema violin.

Sungguhpun begitu, beliau tidak tahu secara terperinci akan peralatan muzik yang telah beliau rakamkan kerana ia lazimnya telah pecah dan dibuka untuk dibaiki. Jadi, beliau mudah sahaja meletakkan kameranya di dalam. Gambar pertama yang saya rakamkan adalah ‘double bass’ yang dijumpainya di kedai rakan.

Yang kedua pula merupakan cello dari Perancis pada zaman Napoleon yang dijumpai beliau di rumah seorang pengarah orkestra, Dominique Leroy yang terletak di bandar Amiens.

Adrian mendapati kebanyakan inspirasi untuk projek itu dalam kempen promosi orkestra Philharmonic Berlin. “Saya tidak tahu bagaimana imej dibuat, dan saya tidak pasti sama ada ia gambar atau gambar digital. Jadi projek ini merupakan cabaran yang agak besar. Saya melakukan beberapa percubaan menggunakan makro ultra lebar sebelum kanta khusus seperti Laowa 15 milimeter makro muncul”.

Menurut Adrian, cabaran untuk mencipta atmosfera dalaman itu agak menyeronokkan kerana beliau akan menggunakan habuk kayu dan cahaya terang daripada mentol di siling.

Beliau juga akan menggerakkan cello di sekitar rumah bagi mempelbagaikan sudut cahaya. “Saya harap siri ini akan berterusan, dan saya turut merancang untuk merakamkan lebih banyak foto instrumen dan objek menarik lain menerusi perspektif yang luar biasa”, katanya.

Adrian menetap di Reghin, Romania, yang juga terkenal dengan jolokan bandar violin.

Beliau tidak tahu secara terperinci akan peralatan muzik yang telah beliau rakamkan kerana ia lazimnya telah pecah dan dibuka untuk dibaiki. Jadi, beliau mudah sahaja meletakkan kameranya di dalam.

Bahagian dalam cello

Bahagian dalam saksofon 

Bahagian dalam gitar

Bahagian dalam biola

Untuk melihat hasil karya Adrian Borda yang lain layari  adrianborda.com | Facebook | 500px.

Sumber: boredpanda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds