Penerbangan Indonesia, Sriwijaya Air yang dijadualkan menuju ke Jakarta dilaporkan telah ditangguhkan selama kira-kira sejam pada 6 November, hanya disebabkan oleh bau buah durian.

Hal ini berlaku berikutan aduan dari para penumpang yang menyatakan rasa kurang senang dengan kehadiran bau yang kuat dari kabin, yang ternyata berpunca dari berpuluh-puluh karung buah durian, lapor The Star.

Kredit: The Star

Boyke Ledy Watra, seorang wartawan dari agensi berita Indonesia yang secara kebetulannya merupakan salah seorang penumpang dalam penerbangan itu telah melaporkan bahawa beberapa orang penumpang cuba untuk mempertahankan hak mereka untuk penerbangan yang selesa, sehingga hampir menyebabkan pergaduhan dengan krew penerbangan.

Para penumpang kemudiannya meminta untuk turun dari kapal terbang kerana mereka mendakwa bahawa bau yang kuat itu akan membuat penerbangan itu menjadi tidak selesa dan tidak dapat diteruskan.

Kredit: Amir Zidane/Facebook

Akhirnya, Sriwijaya Air memutuskan untuk mengeluarkan karung durian dari penerbangan itu dan hal ini menyebabkan kapal itu hanya dapat berlepas pada pukul 11.40 pagi, iaitu sejam lewat dari waktu yang dijadualkan.

Kredit: Amir Zidane/Facebook

Dalam sebuah video yang disiarkan oleh salah seorang penumpang, Amir Zidane, mendakwa bahawa terdapat tiga tan durian yang dikeluarkan dari penerbangan itu.

Pengurus Komunikasi Kanan Sriwijaya Air, Retri Maya berkata, “Tiga tan [yang disebut dalam video] adalah jumlah berat bagasi dan kargo yang lain, dan ini termasuk berat durian. Jumlah itu masih jauh dari kapasiti maksimum [kargo] untuk memudahkan proses perlepasan dan pendaratan.”

Kredit: Amir Zidane/Facebook

Kredit: Amir Zidane/Facebook

Syarikat itu kemudiannya mengesahkan bahawa adalah amalan biasa bagi syarikat penerbangan Indonesia untuk membawa durian di dalam kargo mereka, “selagi durian itu dibungkus dengan baik dan disimpan dalam kargo mengikut prosedur operasi standard”.

Sumber: The Star / World Of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds