Tiada siapa yang dapat menjamin bahawa hidup ini akan mudah dan indah seperti hamparan bunga ros. Tanpa mengira kedudukan sosial atau tahap pendidikan seseorang, manusia sentiasa cuba sedaya upaya untuk mengharungi kesukaran hidup.

Seorang pakar bedah plastik dari Kolkata, India mahu merealisasikan cita-citanya dalam profesion perubatan dan bersedia untuk menyertai jabatan pembedahan plastik di salah sebuah hospital kerajaan terbesar di bandar.

Namun, dalam usahanya untuk mencapai cita-cita tersebut, dia terlupa akan kesihatan badan dan ketenangan dalaman dirinya. Mujurlah, dia masih sempat memperbetulkan cara hidupnya sejak terjumpa pengamalan rohaniah Falun Dafa.

Selama 33 tahun, Dr. Utpal Kumar Bit telah bertarung dengan pelbagai jenis penyakit yang tidak tertanggung menjadikan hidupnya sengsara. Dia telah mencuba pelbagai jenis rawatan termasuklah terapi dan yoga yang dilakukan secara berselang-seli namun tiada satu pun yang membantu memulihkan penyakitnya.

Walau bagaimanapun, hidupnya berubah sepenuhnya apabila pada suatu hari, seorang doktor junior memperkenalkan latihan meditasi purba untuk badan dan minda.

Menurut Dr. Bit kepada NTD India, dia menghidap beberapa penyakit kronik seperti asma bronkial kronik selama 33 tahun. Dia juga mengalami alergi terhadap banyak perkara seperti habuk, debunga, kapas, makanan berbeza, angin sejuk dan pelbagai lagi. Disebabkan itu juga, Dr. Bit sering mengalami jangkitan tekak, masalah pernafasan, masalah kulit dan sebagainya.

Berbanding berkongsi tentang kesan penyakit yang dihadapinya terhadap kehidupan keluarganya, Dr. Bit lebih teruja untuk berkongsi bagaimana dia telah sembuh dengan begitu menakjubkan. “Ia memang menakjubkan! Saya tidak dapat menggambarkannya dengan kata-kata. Itu adalah satu keajaiban,” kata Dr. Bit sambil tersenyum lebar.

Pada tahun 2011, seorang rakan doktor telah memperkenalkan kepada Dr. Bit mengenai Falu Dafa (atau lebih dikenali sebagai Falun Gong), sejenis latihan purba untuk badan dan minda yang mengandungi lima latihan dan tiga prinsip asas iaitu Sejati, Baik dan Sabar.

Menurut Dr. Bit sebelum kini, dia menghidapi tekanan darah tinggi selama 15 tahun dan sakit pada kedua-dua lutut ketika berjalan dan menggunakan tangga. Mungkin sakit itu berpunca daripada steroid yang digunakan untuk merawat penyakit asmanya.

Alergi dan asma telah membuat kehidupan Dr. Bit sukar. “Hidup sangat sengsara dan hampir mustahil untuk bekerja. Saya bergantung kepada alat sedut, pengambilan antibiotik secara kerap dan latihan pernafasan,” kata Dr. Bit.

Sejak tahun 2005, semangat Dr. Bit menurun begitu mendadak disebabkan dia tidak mampu merawat penyakitnya sendiri. Namun semenjak bertemu dengan Falun Dafa, dia mula mempraktikkan amalan itu tanpa berlengah lagi.

“Mengejutkan, sejak dari hari pertama, saya mula mengamal Falun Dafa dan melakukan latihan, asma saya hilang seperti magis dan simptom alergi semakin pulih. Saya berhenti menggunakan alat sedut dan melakukan latihan pernafasan. Saya mendapat nafas baharu dalam kehidupan,” kata Dr. Bit dengan penuh semangat.

Kesan daripada kebaikan kesihatan yang sungguh menakjubkan, Dr. Bit berkata: “Rakan sekerja saya begitu kagum dengan peningkatan kesihatan tetapi sedikit ragu tentang bagaimana satu sistem kerohanian dapat menyembuhkan dengan begitu cepat yang mana sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh perubatan moden.”

“Saya memberitahu mereka bahawa Baylor College of Medicine, Houston, telah memulakan satu set kajian pada tahun 2005-hasilnya menunjukkan bahawa sel-sel dalam badan pengamal Falun Dafa menunjukkan peningkatan fungsi anti-bakteria di dalam sel. Saya memberitahu mereka terdapat banyak lagi data penyelidikan yang boleh mereka rujuk,” kata Dr.Bit

Kerana mahu berkongsi keajaiban yang dialami olehnya dengan orang lain di Barat Bengal, Dr. Bit telah menterjemahkan 2 buah buku Falun Dafa iaitu Zhuan Falun dan Falun Gong ke dalam bahasa Bengali. Malah, beliau juga belajar bahasa Cina untuk lebih memahami prinsip Falun Dafa dengan lebih baik.

Dr. Bit telah memperkenalkan buku-buku Falun Dafa melalui banyak pameran buku di bandar dengan tujuan membantu orang lain belajar tentang pengamalan tersebut dan memulih ketenangan dan keharmonian mereka yang telah hilang. “Kami boleh lihat orang lain bermanfaat daripada Falun Gong,” katanya.

Kata Dr. Bit, “Saya berusia 60 tahun tetapi saya berasa seperti 40 tahun. Semenjak saya memulakan latihan Falun Dafa, saya tidak pernah mengambil ubat lain. Saya boleh berjalan berjam-jam lamanya tanpa rasa letih. Banyak rambut baharu telah tumbuh di bahagian kepala yang botak.”

“Ini benar-benar hebat. Saya berasa begitu sihat dan bahagia sekarang. Saya tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya kepada Master (Encik Li Hongzhi, pengasas amalan tersebut) kerana telah menunjukkan kepada saya, dengan mengamalkan prinsip Sejati, Baik dan Sabar di rumah dan di tempat kerja dapat mengubah cara hidup,” katanya.

Untuk mengetahui lebih info mengenai Falun Dafa, sila kunjungi laman web ini.

SUMBER: NTD INDIA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds