Bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun, bermain barang permainan kegemaran dan menonton kartun adalah saat yang paling menyeronokkan bagi mereka. Tetapi bagi seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun dari Hong Kong ini, bermain piano adalah masa paling menyeronokkan.

Charlotte baru berusia 3 tahun tetapi sudah pandai bermain piano. Guru pianonya berkata, jarang melihat anak kecil yang bijak mendengar nada irama dan mampu bermain piano dalam jangka waktu yang singkat.

Kredit :  bumble bee doremi /YouTube

Dalam satu rakaman video, ibu Charlotte memintanya bermain piano dan memuat naik rakaman itu di halaman YouTube dan ia telah menarik perhatian kerana Charlotte bermain piano sambil mengeluarkan nada itu dari mulutnya, menekan kekunci piano menghasilkan melodi klasik ciptaan Johann Sebastian Bach yang indah.

Kredit :  bumble bee doremi /YouTube

Rakaman video ini telah ditonton lebih 9 juta oleh netizen. Ada yang memberi komen, “Semasa berusia 3 tahun, saya lebih suka bermain pasir,” Dan ada pula yang berkata, “Di usia 3 tahun, saya masih memakai lampin dan tidak pandai membuang air dengan betul.”

Kredit :  bumble bee doremi /YouTube

Sedangkan orang dewasa masih tidak dapat bermain piano dengan baik, sememangnya Charlotte seorang kanak-kanak yang pintar dan berbakat besar.

Lihat video permainan piano yang comel ini di bawah.

Sumber : bumble bee doremi /YouTubeCocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds